Pages

Monday, October 19, 2009

"tak cara kasar cara halus...."


Alhamdulillah sudah lama ana tak menulis dalam blog ni. Rindu pulak jari ni nak menari atas keyboard laptop kesayangan yang berusia 2 tahun 3 bulan. Banyak sangat berjasa dan memori indah tersimpan kemas dalam folder rahsia.
Rasanya dah lama tak menceritakan perkembangan terbaru. Ana bukan lagi guru tadika tetapi bekerja dengan akhwat pulak. Kenapa dan mengapa ana tukar profesion tak perlulah dipanjang lebarkan disini kerana ia bukan sesuatu yang bermanfaat. Suka duka ana sepanjang di tadika memang tak dapat ditukar ganti kerana pengalaman yang mengajar erti hidup bukannya buku. Tiada gunanya baca buku setebal almari jika aplikasi dan kefahaman masih cetek kerana ilmu dan pengalaman perlu seiring. Bukan menerima bulat2 dari buku.. Sekali-sekala teringat pada anak murid yang nakal dan keletah dan semoga semuanya berjaya menjadi manusa berguna. Renung-renungkanlah cerita ni cuba fikirkan....

Ketika ana beraya di kampung ana,Kampung Tali Air 8,Sungai Leman Sekinchan,sempatlah berjumpa waris-waris ana yang dah beso2. Sepupu-sepapat ana yang dah ada anak lagi tua dari anapun ada. Waktu ni lah masing2 bertukar cerita dan pengalaman. Ana teringat cerita sepupu ana yang dah berkahmin dan mempunyai 3 orang anak masih bekerja.
"saya ni cu...macam nilah kadang-kadang sihat kadang2 tak. Semalam baru je jumpa doktor sakit sampai tak boleh bangun. Dulu masa kuat bolehla berniaga jual ikan tapi tak tahan cu.. bukan tak laku tapi tak tahan dengan ornag yang dengki. Mula2 memang untung lama2 dah tak laku. Bila jumpa orang tanya tak niaga lagi ke? Padahal pagi tu saya niaga cu... bila dah lama2 saya tak tahan saya berhentilah. Dia wat perniagaan saya takpe lagi. Takut2 dia wat kat saya pulak...eeeeiii tak naklah saya..." (panggilan 'cu' adalah ganti panggilan 'mak su' kpd mak ana sebab mak ana ank bongsu)

Semalam ana jumpa makcik yang buat kuih kat belakang rumah. Kawan mak ni memang dah lama kenal. Cerita yang lebih kurang sama...
'Na..acik ni ari tu sakit lama sangat sampai tak boleh berniaga jual kuih lagi. Lama acik tak niaga sampai dah start balik ada je yang tak puas hati. Tetiba ada pegawai penguatkuasa datang tak benarkan acik jual kuih depan rumah. Ada orang komplen banyak kali dah. Padahal orang indon kat depan tepi jalan tu takde pulak dikisahkan. Mak kamu pun jual kuih depan rumah kan Na.. acik tak takut orang nak watpe sb acik takut pada satu yang ka atas tu je..yang kat bawah ni lantaklah.. nanti diorang pun dapat balasn jugak kan.. macam-macam dibuatnya acik Na...tak cara kasar cara halus..."

Ya Allah macam ni ke orang kita nak maju? macam ni ke akhlak contoh yang Nabi tunjuk dalam berniaga. Jika hati ikhlas mencari rezeki takkan ada sifat hasad dengki sesama sendiri. Yakinlah setiap yang berlaku telah di tentukanNya termasuk rezeki kita dan berusahalah betul-betul dengan cara yang betul untuk hasil yang berkat.

Ketika Siti Khadijah melantik Nabi menjual barang dagangannya,baginda betul-betul menjual dengan ikhlas. Apa yang menarik perhatian pengunjung ialah akhlak nabi dalam berniaga tidak menipu dan hasilnya keuntungan yang berlipat ganda... so kalau nak maju dalam hidup the first thing we must set our niat ila mardhotillah and our goal to achieve...

Dah seminggu ana ikut akhwat berniaga dan macam2 pglmn ana dapat. kami letak donut di fakulti ada juga orang yang nak mencuri donut kami malah dengan duit2 jualan sekali. ukhti Y kata inilah risiko yang perlu dihadapi sambil riak wajahnya tenang. salah satu keistimewaan akhwat yang ana sangat suka. sentiasa tenang bila diuji Allah...

Ana dan akhwats akan terus cuba berusaha....