Pages

Saturday, January 30, 2010

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji hanya milik Allah yang telah mengatur hidupku seindah begini. Alhamdulillah diri ini masih diberi peluang menghirup udara milikNya walau setiap saat diri ini sering lalai dari mengingatiNya.

Seharian ana di Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna mencetuskan kembali semangat yang kian pudar dan mencantumkan semula cebisan-ceisan perjuangan untuk melakar sumbangan demi ad-Din yang tercinta. Hassan Al-Banna adalah sebuah figur dakwah yang betul-betul teliti dalam mengkaji permasalahan umat dan juga penyelesaian bagi setiap masalah. Jika dilihat permasalahan umat ketika zaman beliau di Mesir mirip dengan masalah umat di Malaysia sekarang. Mungkin kita sangka zaman sekarang semakin maju dan berkembang pesat namun realitinya semakin maju sesebuah negara semakin banyak juga masalah-masalah perpecahan umat. Di tambah pula dengan suntikan-suntikan hedonisme,liberalisme,pluralisma,islam liberal,sekularisme dalam agenda globalisasi disuntik dalam jiwa pemuda semakin parahlah penyakit umat zaman ini. Pemuda yang berjalan sihat secara lahirnya belum tentu jiwanya kuat jika pemikiran hanya berpusat kepada kehendak dan nafsu manusia semata-mata.

" Adapun tugas kita secara umum ialah berusaha menyekat arus menggila tamadun kebendaan dan kemodenan berpaksikan hiburan dan syahwat,yang telah melanda seluruh umat Islam,lalu menjaukan mereka dari kepmpinan Nabi S.A.W" -Hassan Al-Banna

Zaman manusia yang sering mengejar teknologi pasti inginkan perubahan. Sebuah alat yang dicipta mungkin akan mempunyai kelemahan dan kerosakan justeru penyelenggaraan atau "maintainace" dilakukan untuk mambaiki kerosakan. Begitulah setiap kali kerosakan atau "error" berlaku dalam sebuah sistem teknologi. Lama-kelamaan teknologi ini semakin lama semakin lapuk atau "out to date" disebabkan tercipta teknologi yang baru. Begitulah sikap manusia terhadap teknologi. Samalah seperti hati kita yang perlukan "maintainace" seperti membaca Al-Quran dan zikir setiap kali lemah selalu dan jika hati kita sudah "out to date" atau lapuk dan perlukan hati yang baru maka akan terciptalah sebuah hati yang bersih dan suci hasil dari kecanggihan solat Taubat nasuha.

"Kita mahukan jiwa yang hidup,kuat dan bertenaga. Kita mahukan hati baru yang menyala. Kita mahukan perasaan yang bergejolak membara. Kita mahukan roh yang bercita-cita tinggi. Jiwa ynag dapat membayangkan betapa tingginya impian dan matlamat ini supaya ia dapat mengejar dan mencapainya"-Hassan Al-Banna

Imam as-syahid Hassan Al-Banna juga telah meninggalkan kita dengan 10 wasiat yang berharga iaitu perkara yang sering kita ambil mudah dalam kehidupan seharian.

1. Bangunlah solat apabila saudara mendengar azan walau bagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara baik,atau amalkanlah zikrullah dan jangan sesekali saudara menggunakan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah.

3 Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar Isam.

4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak memberikan apa-apa keuntungan

5 Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang lagi tenteram

6 Janganlah banyak bergurau kerana pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7 Janganlah meninggikan suara lebih dari kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8 Jauhilah mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah mengata melainkan perkara yang membawa kebaikan.

9 Berkenal-kenalanlah dengan saudara muslm yang saudara temui sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan,kerana asas dakwah ialah berkenalan dan berkasih-sayang

10 Kewajiban kita lebih bnyak daripada waktu. Oleh itu bantulah saudaramu cara-cara bagamanakah menggunakan masa dengan brfaedah,dan jika saudaramu mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah pelaksanaannya.


Jika takutkan dilanda ombak jangan berumah di tepi patai-gambar Program Halaqah Cinta 2009-Di sini memori tercipta...

Saturday, January 23, 2010

The power of Doa

Kali pertama bumi ini diciptakan,katanya bumi ini selalu bergoyang,bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah....

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui,mengapa bumi ni bergoyang?"
tanya malaikat

" Kerana belum dipaku"Jawab Allah singkat.

"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-gunung" Jawab Allah


Setelah itu Alah terus menciptakan gunung-ganang di pelbagai belahan bumi.Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah.

Paku merupakan benda yang keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang,kemudian para malaikat pun bertanya.

"Ya Rab adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah."Iaitu api yang dengan panasnya dapat mencairkan besi"

"Adakah yang lebih kuat selain api ya Rabb?" Tanya malaikat lagi

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api" Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab,adakah yang lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin yang kerananya dapat membawa air ke mana ia menghembus."


"Tapi ya Rab,adakah yang lebih kuat dari semua itu?(gunung,api,air angin)?"

"Ada! Iaitu nafas hambaku yang berdoa padaku. sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdirku." Demikian Allah menjelaskan.

[hadis kudsi]


Sedikit cerita saya petik dari buku "Diari Sufi". Cerita ini menarik hati saya kerana apa yang nak diberitahu memang jelas iaitu the power of DOA.
Malah dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat cinta Allah yang menyuruh kita berdoa. Dalam kita berdoa perlu jelas dan ikhlas.
Ketika susah kita betul-betul berdoa,ketika senang pula kita tidak berdoa dengan penuh perasaan.
Dimanakah hati kita ketika berdoa?

Mengapa ibadah tidak membangunkan insan

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...


Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...
sumber dr iluvislam

Monday, January 18, 2010

Wajah Baru

Salam ukhuwahfillah...
inilah wajah baru blog ana...
selama ana menyepi,banyak berfikir dan berfikir dan berfikir...
akhirnya inilah yang ana dapat berikan untuk pembaca semua...
yang pasti tarbiyah tetap jalan hidupku....
ana bukan lagi guru tadika...
ana bukan lagi penanam anggur professional...
tapi ana ada matlamat tersendiri....
ya Allah berkatilah jalan hidupku..
Kau tunjukkan jalan yang kupilih ini
jalan ke syurgaMu......