Pages

Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri untuk semua...
Syamil iman ingin mohon maaf pada semua dari hujung kaki hingga hujung rambut....
Syamil iman mengundur diri dari menulis  blog buat sementara waktu..
Syamil iman ingin berehat dan tenangkan fikiran sebentar...
Dalam fikiran ini dah banyak idea untuk diterjemahkan
Namun tidak berjaya...
Tak tahulah nape....
Beberapa peristiwa berlaku pada diri dan sekeliling untuk syamil iman berfikir semula
Hingga hilang feeling untuk menulis di blog...
Doakan syamil iman yer....

Tuesday, September 7, 2010

Sebelum pergi

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,syukur pada Allah tak terhingga...
Detik-detik terakhir Ramadahan,ramai yang fikir nak balik kampung,nak kemas rumah,buat kuih....
Bagaimana pula persiapan menghadapi 11 bulan yang akan datang?
Adakah sudah cukup ibadah sepanjang ramadhan ini?
Belum lagi..
Ramadhan masih berbaki lagi...
Jadi jangan sia-siakan penghujung Ramadhan dek kerana ghairahnya nak sambut raya...
Tetaplah teruskan qiamullail...
Istiqamahlah seperti awal-awal Ramadhan
Semoga ana dapat merasai sesuatu untuk diri...
Sebelum Ramadhan pergi...
Ya Allah..temukanlah ana dengannya.....

Sedihnya Ramadhan nak pergi...
Pesta-pesta ibadah akan tinggal kenangan...
Akan tiada lagi orang-orang mengimarahkan masjid dengan i'tikaf....
Tidur di masjid berbantal lengan....
Sahur beramai-ramai...
Bangun qiamulail sama-sama...
Hanya segelintir yang masih seperti dulu...

Thursday, September 2, 2010

6 Tips untuk memotivasi diri memburu Lailatul Qadar

1.Sediakan diri kita untuk menghidupkan malam dengan ibadah, sejak daripada waktu siang lagi.

Kurangkan atau jauhkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia. Perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah seperti zikir dan tadarus Al Quran. Tidur sebentar (khailullah) pada waktu siang dengan niat untuk memudahkan kita bangun di malam hari. Apabila persediaan dimulakan bermula di siang hari lagi, maka dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah swt, Dia akan permudahkan kita untukbangun tahajud kerana niat telah pun dipasang sejak di awal hari lagi.

2.Baca buku yang mengandungi kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
Seelok-eloknya, bacakan buku ini kepada orang lain. Dan sekiranya tidak, bacalah dengan suara yang agak kuat untuk diri sendiri. Lebih banyak kita yakin terhadap janji-janji Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin kuatlah diri kita untuk menanggung segala kesusahan sewaktu menjalani ibadah tersebut.

3.Ceritakan kepada orang lain mengenai kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
Selitkan dalam perbualan harian kita tentang kisah-kisah kelebihan Lailatul Qadar. Ceritakanlah kelebihan malam ini kepada orang lain, meskipun kita sendiri masih belum mempunyai kekuatan untuk bangun tahajud di tengah malam. Mudah-mudahan, dengan banyaknya kita menceritakan / mendakwahkan kelebihan malam ini, Allah swt akan beri kita kekuatan untuk bangun pada malam tersebut.

4.Berniatlah sebelum tidur untuk bangun tahajud.
Tidak pernah rugi, apabila kita memasang niat yang baik. Seandainya, kita terlepas daripada mengerjakan sebarang amalan pada malam tersebut, Allah swt telah pun memberikan kita pahala tahajud kerana niat kita tadi. (Fadhilat ini ada diceritakan dalam hadis)

5.Untuk yang istiqamah mengerjakan witir selepas terawih/sebelum tidur, anjakkan waktu witir selepas waktu tahajud.
Disebabkan kita yang telah biasa menutup segala ibadah kita dengan witir, tetapi belum lagi melakukannya sebelum tidur, maka kita akan termotivasi untuk bangun di malam hari meskipun hanya untuk mengerjakan satu rakaat solat witir.

6.Peruntukkan 10 malam terakhir ini untuk iktikaf di masjid
Jika kita baca kelebihan-kelebihan iktikaf, sememangnya kita mengakui bahawa ia adalah yang dikatakan oleh Allah swt sebagai “ajrun a’zimun” (ganjaran yang sangat besar). Bila Allah swt kata, “a’zimun“, maka kita tidak dapat bayangkan betapa besar pahala yang Allah swt telah sediakan untuk amalan orang-orang soleh ini.