Pages

Monday, January 31, 2011

Suka duka dalam diari tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sungguh rasanya tak update blog dengan cerita-cerita sendiri dek kerana kesibukan masa. Hanya mampu mencoret sedikit peringatan agar blog ini tidak bersawang apatah lagi usang kerana tuannya yang sesak dalam mengatur kehidupan.

Dalam meniti hari yang penuh dengan seribu satu cubaan,hati ini sering bertanya pada diri,masihkah aku kuat di jalan tarbiyah dan dakwah? Lalu,aku melihat keadaan di kiri dan kanan. Ternyata orang di sekeliling bukanlah akhwat ataupun orang yang ditarbiyah. Duniaku dikelilingi famili dan kawan sekerja. Yang pasti mereka bukan akhawat.

Mereka orang biasa-biasa yang tidak ada agenda usrah atau program dalam diari mingguan mereka. Mereka hanya hidup dan bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Mereka hanya orang yang biasa-biasa sahaja.
Bila ditanya tentang solat mereka menjawab,"Kirim salamla...".
Sangat sedih hati ini mendengar ayat-ayat itu namun dimaniskan juga muka untuk menjaga ukhuwah sambil hati ini berdoa agar berubah.
Bila ditegur untuk menutup aurat mereka menjawab,"Alah,lengan ni sapa yang nak tengok". Sungguh pilu bila ayat ini diungkap oleh darah daging sendiri namun dipujuk hati ini bersabar sambil mendoakan perubahannya.
Bila dinasihati mereka bermadah,"Saya dah besar. Pandailah saya jaga diri sendiri. Akak tak payah risaukan saya". Sungguh tinggi ego mereka.


Namun aku sangat rapat dengan mereka. Kadang-kadang berkongsi cerita suka-duka sambil menasihati mereka untuk berubah. Mereka boleh didekati asalkan kena dengan caranya. Aku rasa aku lebih rapat dengan mereka berbanding dengan akhawat. Hanya seminggu sekali atau dua kali bertemu akhawat dalam liqo atau program. Mungkin itu yang membataskan diri untuk banyak berkongsi rasa suka duka dengan akhawat walaupun  hakikatnya kami tidaklah begitu jauh.

Dalam kesesakan kehidupan dunia yang melupakan akhirat malah mengejar dunia melebihi akhirat,aku berjumpa dengan beberapa orang yang sangat telus hatinya. Mereka insan-insan yang baru hendak mengenali dunia luar selepas berhempas pulas menghabiskan pelajaran peringkat SPM. Kesungguhan mereka untuk datang ke program rehlah tautan hati membuka mata aku. Rupa-rupanya di tengah-tengah manusia yang hidup untuk dunia,masih ada hati yang mengharapkan ni'mat tarbiyah.Masih ada hamba Allah yang mencari perubahan dalam diri. Apa yang mampu aku tawarkan bukan wang ringgit tapi perkongsian dan sedikit peringatan untuk sama-sama mengecapi nilai sebuah tarbiyah. Sama-sama merasai indahnya hidup ini jika keranaNya. Sejak aku grad pada Ogos 2009 lepas inilah pertama kali aku berjumpa mad'u di tempat kerja. Doa dan harapan aku pohon kepada pembaca semoga proposal untuk program di kolej mereka diterima agar memudahkan lagi gerak kerja dakwah di sana.

Hati ini sering memberontak. Tak tahan dengan segala kemungkaran di sekeliling. Ikutkan hati mahu saja lari dari mereka. Ikutkan hati mahu saja duduk rumah dan tidak mahu keluar lagi menghadap aksi mereka. Namun aku sedar inilah keadaan masyarakat sekeliling. Setiap kali menghadapNya sering berdoa agar dibukakan hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Agar mereka bertaubat. Agar mereka menjaga hati,iman dan pergaulan mereka. Agar hatiku sendiri tidak terusik dengan fitnah-fitnah dan gosip disekeliling. Agar hati ini dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi mereka. Jika aku fikir akulah yang paling baik dan paling alim di antara mereka tentulah aku silap kerana walaupun mereka malakukan dosa mungkin suatu hari nanti mereka bertaubat malah mungkin iman mereka lebih baik dariku. Malah mungkin suatu hari nanti hati mereka disentuh dengan tarbiyah dan berubah menjadi lebih baik dariku. Maka tidak perlulah aku sombong dengan mereka kerana aku pernah terjumpa satu ayat yang sangat menyedarkan aku,

"Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya,melaksanakan salat,dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka,secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan,orang itulah yang mendapat tempat kesudahan(yang baik)" (13:22)

Aku termenung seketika sambil berfikir. Jika aku tidak berkawan dengan mereka kerana kemungkaran yang mereka lakukan,maka aku bukanlah orang yang sabar malah tidak layak untuk menggapai redhaNya. Aku perlu bersabar dan berukhuwah dengan mereka dan menasihati mereka selagi termampu. Ini sahaja usaha dakwah yang aku boleh lakukan kepada mereka. Selebihnya kuserahkan kepada Allah untuk menetukan.

Semoga hari-hari yang berlalu mematangkan diriku. Semoga aku masih lagi tegar di atas jalan tarbiyah. Aku tak nak menjadi orang yang berguguran di jalan ini.

Ya Allah,janganlah Engkau menarik ni'mat tarbiyah yang telah sebati dalam hidupku. Sahabatku,akhawatku,masulahku,ex-murabbiah2ku,ex-mutarabi2ku, doakanlah untukku. Aku sangat berharap kepada kalian...

Inilah suka duka kisah tarbiyah dan dakwah seorang hamba yang sangat kerdil...
Seorang hamba yang sedang mencari 'syamil iman'(kesempurnaan iman)...

Wednesday, January 12, 2011

SIAPAKAH?

SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang manis senyumannya adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata,"Inna lillahi wainna ilaihi rajiun". Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini.",sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur  dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpukkan hartanya.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING SEMPIT LAGI DIHIMPIT?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi terhimpit ialah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kubur menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akalnya untuk menghindari sisa neraka?

LALU SIAPAKAH KITA? FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL...