Pages

Sunday, November 8, 2009

Secerah Pewarna

Seindah sedamai
Pantai melambai gemalai
Begitulah hati
Merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir
Basah di simbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan
Iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secercah pewarna
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam
Kesumat musnah
Biar keihklasan berbicara
Di dada hati luas saujana



suatu memori terukir indah di lubuk sanubari...
biar ia menjadi pembakar semangat yang kian luntur...
andai kau tahu isi hati....
peritnya menanggung beban....
biar ia menjadi penawar...
penghapus dosa tidak terhitung....
padaMu ku sandar harapan...
padaMu ku sandar impian...
ingin melihat Islam subur nan indah...
di hati setiap insan....

Monday, October 19, 2009

"tak cara kasar cara halus...."


Alhamdulillah sudah lama ana tak menulis dalam blog ni. Rindu pulak jari ni nak menari atas keyboard laptop kesayangan yang berusia 2 tahun 3 bulan. Banyak sangat berjasa dan memori indah tersimpan kemas dalam folder rahsia.
Rasanya dah lama tak menceritakan perkembangan terbaru. Ana bukan lagi guru tadika tetapi bekerja dengan akhwat pulak. Kenapa dan mengapa ana tukar profesion tak perlulah dipanjang lebarkan disini kerana ia bukan sesuatu yang bermanfaat. Suka duka ana sepanjang di tadika memang tak dapat ditukar ganti kerana pengalaman yang mengajar erti hidup bukannya buku. Tiada gunanya baca buku setebal almari jika aplikasi dan kefahaman masih cetek kerana ilmu dan pengalaman perlu seiring. Bukan menerima bulat2 dari buku.. Sekali-sekala teringat pada anak murid yang nakal dan keletah dan semoga semuanya berjaya menjadi manusa berguna. Renung-renungkanlah cerita ni cuba fikirkan....

Ketika ana beraya di kampung ana,Kampung Tali Air 8,Sungai Leman Sekinchan,sempatlah berjumpa waris-waris ana yang dah beso2. Sepupu-sepapat ana yang dah ada anak lagi tua dari anapun ada. Waktu ni lah masing2 bertukar cerita dan pengalaman. Ana teringat cerita sepupu ana yang dah berkahmin dan mempunyai 3 orang anak masih bekerja.
"saya ni cu...macam nilah kadang-kadang sihat kadang2 tak. Semalam baru je jumpa doktor sakit sampai tak boleh bangun. Dulu masa kuat bolehla berniaga jual ikan tapi tak tahan cu.. bukan tak laku tapi tak tahan dengan ornag yang dengki. Mula2 memang untung lama2 dah tak laku. Bila jumpa orang tanya tak niaga lagi ke? Padahal pagi tu saya niaga cu... bila dah lama2 saya tak tahan saya berhentilah. Dia wat perniagaan saya takpe lagi. Takut2 dia wat kat saya pulak...eeeeiii tak naklah saya..." (panggilan 'cu' adalah ganti panggilan 'mak su' kpd mak ana sebab mak ana ank bongsu)

Semalam ana jumpa makcik yang buat kuih kat belakang rumah. Kawan mak ni memang dah lama kenal. Cerita yang lebih kurang sama...
'Na..acik ni ari tu sakit lama sangat sampai tak boleh berniaga jual kuih lagi. Lama acik tak niaga sampai dah start balik ada je yang tak puas hati. Tetiba ada pegawai penguatkuasa datang tak benarkan acik jual kuih depan rumah. Ada orang komplen banyak kali dah. Padahal orang indon kat depan tepi jalan tu takde pulak dikisahkan. Mak kamu pun jual kuih depan rumah kan Na.. acik tak takut orang nak watpe sb acik takut pada satu yang ka atas tu je..yang kat bawah ni lantaklah.. nanti diorang pun dapat balasn jugak kan.. macam-macam dibuatnya acik Na...tak cara kasar cara halus..."

Ya Allah macam ni ke orang kita nak maju? macam ni ke akhlak contoh yang Nabi tunjuk dalam berniaga. Jika hati ikhlas mencari rezeki takkan ada sifat hasad dengki sesama sendiri. Yakinlah setiap yang berlaku telah di tentukanNya termasuk rezeki kita dan berusahalah betul-betul dengan cara yang betul untuk hasil yang berkat.

Ketika Siti Khadijah melantik Nabi menjual barang dagangannya,baginda betul-betul menjual dengan ikhlas. Apa yang menarik perhatian pengunjung ialah akhlak nabi dalam berniaga tidak menipu dan hasilnya keuntungan yang berlipat ganda... so kalau nak maju dalam hidup the first thing we must set our niat ila mardhotillah and our goal to achieve...

Dah seminggu ana ikut akhwat berniaga dan macam2 pglmn ana dapat. kami letak donut di fakulti ada juga orang yang nak mencuri donut kami malah dengan duit2 jualan sekali. ukhti Y kata inilah risiko yang perlu dihadapi sambil riak wajahnya tenang. salah satu keistimewaan akhwat yang ana sangat suka. sentiasa tenang bila diuji Allah...

Ana dan akhwats akan terus cuba berusaha....

Sunday, August 30, 2009

Kerana ukhuwahfillah itu indah




nm-one message receive-
“…kuperhatikan laut…lalu ku berdoa agar ukhuwah kita tak sepertinya…pasang dan surut silih berganti,tak seperti buih-buihnya yang rapuh tapi kekal…lalu ku bedoa lagi agar diantara kita seperti sungai nil…yang tetap mengalir hingga ke saat ini”

Ab-one message received-
Kalu sungai nil melimpah dilanda tsunami cne lak?

Nm-one message received-
Tu tandanya akhir zaman

Ab-one message received-
(43:67)..smg Allah redha dgn ukhuwah kita….agar mencintai seseorang,ia tidak mencintainya melainkan kerana Allah. Sungai pun ada pasang dan surut..begitu juga ukhuwah..ana harap ukhuwah kita diwarnai saling nasihat dan kasih sayang. Jom main teka-teki esok nk?hehe =)..


11 Ramadhan 1429

bukan senang untuk memgekalkan ukhuwahfillah..ukhti...jangan biarkan jarum2 syaitan berjaya menyucuk hati lantas menabur fitnah dan syu'ur diantara kita....jalan terbaik untuk meleraikannya ialah CURHAT dan berlapang dada..bukan senang tapi cubalah yang terbaik memperbaikinya....

Ya Allah...ikhlaskanlah kami.....

.:muhasabah ramadhan:.



Assalamualaikum
Ukhtifillah…bersyukur kerna masih lagi diberikan hidayahNya dan kesempatan untuk bertemu dalam halaqah dan majlis-majlis ilmu tanda kasih sayangNya dan rahmat di bulan mulia ini.

Rasulullah bersabda:
“Ramadhan telah datang kepada kamu sebagai bulan yang penuh berkat, Allah kurniakan kita keampunan. Oleh itu Allah turunkan keampunan ,melenyapkan dosa,perkenankan doa-doa dan melihat kita bersaing untuk kebaikan dan Dia memuji manusia kepada malaikat-malaikatNya. Oleh itu tunjukknan yang terbaik kepada Allah, kerana orang yang engkar kepada perintah Allah tidak akan dapat keampunan dari Allah.”

Ukhtifillah…
Mahukah nama kita disebut2 Allah kepada malaikat?
Mahukah malaikat mengenali kita kerana Allah?
Jika jawapan kita YA maka bersungguh2lah berlumba menjadi hamba yang beriman dengan berlumba-lumba melakukan kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengejar keampunanNya dan tunjukkanlah yang terbaik sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi...

Ukhti…
FIKIRKANLAH..apabila Allah mengampunkan kita dosa-dosa kita akan diampunkan. Ini
bermakna di dunia, kita tidak akan disiksa didunia dan akhirat nanti kita akan dilndungi.
Kita akan mendapat maghfirah dari Allah. Sunguh ukhti,pengampunan dari Allah amat
isitmewa. Jika kita memaafkan seseorang,kita lupakan dan bila syaitan mengingatkan
kita,kita akan mengingatkan diri kita yang kita telah memaafkan orang itu. Pengampunan
dari Allah adalah lebih dari itu kerana ia adalah pengampunan yang total. Oleh itu kita mesti
sedar yang kita mahukan Allah mengampunkan kita supaya kita meninggalkan Ramadhan
yang suci ini dari segala dosa…
ukhtifillah…
perkara yang paling ditakuti ialah kita kembali sesat dan dipalingkan dari hidayah setelah ditarbiyah dengan hidayah Allah.

Ingatlah dan renungilah doa RAsulullah ini:
“Wahai yang membolak-balikkan hati(ALLAH), tetapkanlah hati kami diatas agamaMu”

Koreksi diri kita adakah hati kita betul-betul bersih dan tetap diatas agama ini?

Jika YA koreksi pula amalan-amalan kita adakah istiqamah dalam ibadah?

Tanya pada diri ikhlaskah kita di atas jalan tabiyah?

Syaitan tidak akan menyesatkan dan meragukan orang yang istiqamah dan konsisten dalam beribadah.

Pernahkah kita merasa cukup dengan mutabaah kita ?

Pernahkah kita merasa sudah memadai membaca Al-Quran sebanyak ini sehingga kita tidak lagi menambahkan dan memperbaiki amalan kita?

Pernahkah anda meninggalkan majlis2 ilmu, halaqah dengan sengaja,meninggalkan membaca Alquran,berzikir pagi petang dan qiamulail tanpa sedikit rasa kekesalan?
Jangan sampai kita membiarkan diri kita meninggalkan perkara tersebut kerana syaitan akan bertepuk tangan tanda kemenangan setelah berjaya menipu dan melalaikan kita!
Jangan sampai syaitan berjaya membisikkan kita” kamu adalah hamba yang mulia kerana telah bekerja keras beribadat maka kamu berehatlah sekarang…..”
Renungkanlah ukhtifillah….

Sunday, August 9, 2009

.:Hanya Kau Maha Mengetahui:.



Bismillahirrahmanirraihm…

Nasihat untuk diri…..
Jika hatimu merintih…air matamu menitis...
Tenangka hatimu…biar apa jua kata2 manusia… yang baik mahupun yang fitnah…biar DITEGUR DENGAN AYAT ALQURAN. DENGAN TEGAS DAN LANTANG….MAHUPUN DISINDIR SINIS.…DJADIKAN BAHAN GURAUAN…DICACI…DIMAKI..DIUNJING…DIMARAHI OLEH ORANG TERSAYANG…
Ingatlah ukhti….semuanya datang dari Allah..semua teguran dari Allah ada hikmahnya...ya Allah..jika betul apa yang mereka katakan ampunkanlah diriku…berilah aku kesempatan untuk memperbaiki kekhilafan diri…ya Allah jika apa yang mereka katakana suatu fitnah..ampunkanlah dosa mereka…kurniakanlah kepada mereka hati yang bersih agar dapat melihat kebenaran….
TENANGkanlah hatimu sekali lagi…..tetapkanlah keSABARanmu kerana kata-kata mereka umpama desiran angin menyapa..akan hilang ditelan masa....utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia.....
Ukhti…moga ketenangan dan kesabaran menjadi juadah hatimu dalam menikmati ni’mat dan ujian sang Pencipta…tanda CINTA Allah padamu… lambang kekerdilan diri pada sang Pencipta.....

17 Rmadhan 1429
17 September 2008

kata-kata ini ditulis pada tahun lepas tapi baru sekarang ana dapat fahami apa yang ana nukilkan....kerana ujian Allah itu sangat manis...

Monday, July 13, 2009

Realiti remaja pelik......


Sejak dua tiga menjak ni ana dah jelik dan menyampah nak baca surat khabar. Semalam,dilaporkan tentang "gadis gomol". Ceritanya mengenai gadis kelab malam berumur 27 tahun yang minum tonik atau pil ecstacy semata2 untuk menghilangkan rasa malu menyanyi di atas pentas sehingga boleh menyanyi di atas meja dan selesa digomol oleh pelanggan. Ya Allah,sesak dada ni diurut banyak kali bila baca berita anak2 muda sekarang. Sangat kesian bila melihat mereka masih terkapai2 mencari cahaya namun tersesat di jurang maksiat.
Kes kedua,surat khabar yang sama juga melaporkan tentang aksi ganas remaja-remaji sekarang sehingga dilabel "mafia betina". Sedihnya bilamana kelakuan seorang perempuan sangat rendah hingga digelar betina. Kesnya adalah seorang remaja 13 tahun dibelasah oleh rakan sebayanya di luar surau. Ya Allah...sedih sangat bila melihat realiti zaman sekarang bila sangat jauh dengan cahaya Al-Quran dan kurangnya ilmu akhirat.
Rasulullah pernah meramalkan di akhir zaman nanti Islam akan kembali asing. Ramai yang mengamalkan Islam cukup-cukup makan. Seperti kita makan nasi,asalkan ada nasi,kuah,lauk dan sayur pun cukuplah kenyang. Asal solat 5 waktu tak tentu awal atau akhir waktu,puasa cukup sebulan kalau kurang liat nak ganti,bayar zakat sebab peraturan dari lembaga zakat,pergi haji di hjung usia,maka cukuplah kislamannya. Surau untuk orang tua-tua solat manakala rumah untuk orang muda-muda solat. Majlis2 ilmu agama bila berkelapangan sahaja. Jika setiap hari sibuk dengan kerja,hari minggu untuk merehatkan fizikal dengan bercuti dan berkelah,bukankah lebih elok merehatkan minda dengan membaca Al-Quran dan memuji serta berfikir ciptaanNya? Inilah kekuatan rohani yag memadu kekuatan jasad kita. beginilah mentaliti masyarakat sekarang yang sangat susah diubah kerana sudah menjadi habit.
Cahaya dan hidayah adalah milik Allah maka beruntunglah orang yang menggunakan akal fikirannya untuk menilai kemewahan dunia dan keuntungan akhirat, manakah yang lebih penting? Cukupkah sekadar cukup2 keislamannya dapat menjamin kebahagiaan di akhirat. Berhentilah dari urusan dunia sekejap dan berfikirlah sejenak siapakah yang menciptkanku? siapakah yang memberi rezeki kepadaku?siapakah boleh menarik ni'mat2 dunia dariku?
Sahabatku..pintu taubat masih terbuka memanggil-mangil dirimu....

Friday, July 10, 2009

IZINKAN AKU CUTI DARI DAKWAH INI

Jalanan ibukota masih saja ramai hingga larut malam ini, dengan kendaraan yang terus berlalu lalang, juga dengan kehidupan manusia-manusia malam yang seakan tidak akan pernah mati.

Namun kini hatiku tak seramai jalanan di kota ini. Sunyi. Itulah yang sedang kurasakan. Bergelut dengan aktifitas dakwah yang menyita banyak perhatian, baik tenaga, harta, waktu dan sebagainya, seakan menempa diriku untuk terus belajar menjadi mujahid tangguh.

Tapi kini, hatiku sedang dirundung kegalauan. Galau akan saudara-saudaraku dalam barisan dakwah yang katanya amanah, komitmen, bersungguh-sungguh namun seakan semua itu hanyalah teori-teori dalam pertemuan mingguan.

Hanya dibahas, ditanya jawabkan untuk kemudian disimpan dalam catatan kecil atau buku agenda yang sudah lusuh hingga pekan depan mempertemukan mereka lagi, tanpa ada amal perbaikan yang lebih baik. Ya… Mungkin itu yang ada dibenakku saat ini tentang su’udzhan-ku terhadap mereka, setelah seribu satu alasan untuk ber-husnudzhan.


Kini kutermenung kembali akan hakikat dakwah ini. Sebenarnya apa yang kita cari dari dakwah? Dimanakah yang dinamakan konsep amal jama'i yang sering diceritakan indah? Apakah itu hanya pemanis cerita tentang dakwah belaka? Apakah ini yang disebut ukhuwah?

Sering terlontarkannya kata-kata "Afwan akh, ana gak bisa bantu banyak…" atau sms yang berbunyi "Afwan akh, ana gak bisa datang untuk syuro malam ini…" atau kata-kata berawalan "Afwan akh…" lainnya dengan seribu satu alasan yang membuat seorang akh tidak bisa hadir untuk sekedar merencanakan strategi-strategi dakwah kedepannya.

Kalau memang seperti itu hakikat dakwah maka cukup sudah, "Izinkan aku untuk cuti dari dakwah ini, mungkin untuk seminggu, sebulan, setahun atau bahkan selamanya. Lebih baik aku konsenstrasi dengan studiku yang kini sedang berantakan, atau dengan impian-impianku yang belum terpenuhi, atau dengan lebih memperhatikan ayah dan ibuku yang sudah semakin tua, toh tanpa aku pun dakwah tetap berjalan, bukan???"



Sahabat-sahabatku…

Memang dalam dunia dakwah yang sedang kita geluti seperti sekarang ini, tidak jarang kita mengalami konflik atau permasalahan-permasalahan. Dari sekian permasalahan tersebut terkadang ada konflik-konflik yang timbul di kalangan internal aktivis dakwah sendiri.

Pernah suatu ketika dalam aktivitas sebuah barisan dakwah, ada seorang ikhwan yang mengutarakan sakit hatinya terhadap saudaranya yang tidak amanah dengan tugas dan tanggungjawab dakwahnya. Di lain waktu di sebuah lembaga dakwah kampus, seorang akhwat "minta cuti" lantaran sakit hatinya terhadap akhwat lain yang sering kali dengan seenaknya berlagak layaknya seorang bos dalam berdakwah.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Pernah pula suatu waktu seorang kawan bercerita tentang seorang ikhwan yang terdzalimi oleh saudara-saudaranya sesama aktifis dakwah. Sebuah kisah nyata yang tak pantas untuk terulang namun penuh hikmah untuk diceritakan agar menjadi pelajaran bagi kita.

Ceritanya, di akhir masa kuliahnya sebut saja si X (ikhwan yang terdzalimi) hanya mampu menyelesaikan studinya dalam waktu yang terlalu lama, enam tahun. Sedangkan di lain sisi, teman-temannya sesama (yang katanya) aktifis dakwah lulus dalam waktu empat tahun.

Singkat cerita, ketika si X ditanya mengapa ia hanya mampu lulus dalam waktu enam tahun sedangkan teman-temannya lulus dalam waktu empat tahun? Apa yang ia jawab? Ia menjawab "Aku lulus dalam waktu enam tahun karena aku harus bolos kuliah untuk mengerjakan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan oleh saudara-saudaraku yang lulus dalam waktu empat tahun."

Subhanallah… di satu sisi kita merasa bangga dengan si X, dengan militansinya yang tinggi beliau rela untuk bolos dan mengulang mata kuliah demi terlaksananya roda dakwah agar terus berputar dengan mengakumulasikan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan teman-temannya. Namun di sisi lain kita pun merasa sedih, sedih dengan kader-kader dakwah (saudara-saudaranya si X) yang dengan berbagai macam alasan duniawi rela meninggalkan tugas-tugas dakwah yang seharusnya mereka kerjakan.

Sahabat….

Semoga kisah tersebut tidak terulang kembali di masa kita dan masa setelah kita, cukuplah menjadi sebuah pelajaran berharga….

Semoga kisah tersebut membuat kita sadar, bahwa setiap aktifitas yang di dalamnya terdapat interaksi antar manusia, termasuk dakwah, kita tiada akan bisa mengelakkan diri dari komunikasi hati...

Ya, setiap aktifis dakwah adalah manusia-manusia yang memiliki hati yang tentu saja berbeda-beda. Ada aktifis yang hatinya kuat dengan berbagai macam tingkah laku aktifis lain yang dihadapkan kepadanya. Tapi jangan pula kita lupa bahwa tidak sedikit aktifis-aktifis yang tiada memiliki ketahanan tinggi dalam menghadapi tingkah pola aktifis dakwah lain yang kadang memang sarat dengan kekecewaan-kekecewaan yang sering kali berbuah pada timbulnya sakit hati. Dan kesemuanya itu adalah sebuah kewajaran sekaligus realita yang harus kita pahami dan kita terima.


Namun apakah engkau tahu wahai sahabat-sahabatku?

Tahukah engkau bahwa seringkali kita melupakan hal itu? Seringkali kita memukul rata perlakuan kita kepada sahabat-sahabat kita sesama aktifis dakwah, dengan diri kita sebagai parameternya. Begitu mudahnya kita melontarkan kata-kata "afwan", "maaf" atau kata-kata manis lainnya atas kelalaian-kelalaian yang kita lakukan, tanpa dibarengi dengan kesadaran bahwa sangat mungkin kelalaian yang kita lakukan itu ternyata menyakiti hati saudara kita.

Dan bahkan sebagai pembenaran kita tambahkan alasan bahwa kita hanyalah manusia biasa yang juga dapat melakukan kekeliruan. Banyak orang bilang bahwa kata-kata "afwan", "maaf" dan sebagainya akan sangat tak ada artinya dan akan sia-sia jika kita terus-menerus mengulangi kesalahan yang sama.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wahai sahabat-sahabatku…

Memang benar bahwasanya aktifis dakwah hanyalah manusia biasa, bukan malaikat, sehingga tidak luput dari kelalaian, kesalahan dan lupa. Tapi di saat yang sama sadarkah kita bahwa kita sedang menghadapi sosok yang juga manusia biasa? bukan superman, bukan pula malaikat yang bisa menerima perlakuan seenaknya. Sepertinya adalah sikap yang naif ketika kesadaran bahwa aktifis dakwah hanyalah manusia biasa, hanya ditempelkan pada diri kita sendiri.

Seharusnya kesadaran bahwa aktifis dakwah adalah manusia biasa itu kita tujukan juga pada saudara kita sesama aktivis dakwah, bukan cuma kepada kita sendiri. Dengan begitu kita tidak bisa dengan seenaknya berbuat sesuatu yang dapat mengecewakan, membuat sakit hati, yang bisa jadi merupakan sebuah kezhaliman kepada saudara-saudara kita.

Sahabat…

Adalah bijaksana bila kita selalu menempatkan diri kita pada diri orang lain dalam melakukan sesuatu, bukan sebaliknya. Sehingga semisal kita terlambat atau tidak bisa datang dalam sebuah aktivitas dakwah atau melakukan kelalaian yang lain, bukan hanya kata "afwan" yang terlontar dan pembenaran bahwa kita manusia biasa yang bisa terlambat atau lalai yang kita tujukan untuk saudara kita.

Tapi sebaliknya kita harus dapat merasakan bagaimana seandainya kita yang menunggu keterlambatan itu? Atau bagaimana rasanya berjuang sendirian tanpa ada bantuan dari saudara-saudara kita? Sehingga dikemudian hari kita tidak lagi menyakiti hati bahkan menzhalimi saudara-saudara kita.

Sehingga kata-kata “Akhi… Ukhti… Izinkan aku cuti dari dakwah ini” tidak terlontar dari mulut saudara-saudara kita sesama aktifis dakwah.

sumber dari iluvislam

Friday, June 26, 2009

Facebook vs Yahudi

Sungguh hairan dan pelik.Mengundang jelik yang bagi mereka yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Bagi mereka yang tidak tahu, ia dimaafkan. Cuma pengajarannya waspadailah setiap 'kemudahan' yang menghiburkan. Pasti ia ditaja oleh Yahudi laknatullah.

Silakan.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008â€Â², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...


3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.


Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Tunggu apa lagi? ini baru diminta untuk 'korbankan' Facebook anda. belum lagi lagi minta korbankan jiwa demi Islam. kalau ini sahaja terasa tidak sampai hati untuk melakukannya........

p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook boleh rujuk di laman Sejarah2U

dipetik dari nurizz..

Sunday, June 21, 2009

Refleksi Mutabaah


Sujudku hanya padaMu…

“Dan pada sebahagian malam,lakukanlah salat tahajud(sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu,mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”(17:79)

“mereka sedikt sekali tidur diwaktu malam.”(51:17)

Aisyah r.a. berkata:”Nabi selalu bangun malam hingga bengkak kedua tumitnya maka saya bertanya kepada beliau: “Mengapa anda berbuat demikian wahai Rasullullah,padahal telah diampuni bagi anda apa yang telah lalu dari dosa anda dan apa yang datang kemudian?” Beliau bersabda: “Maka tidakkah boleh aku menjadi hamba yang banyak bersyukur” (HR Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah bersabda : “Syaitan itu membuat ikatan pada tengkuk kepala seorang kamu apabila ia sedang tidur sebanyak tiga ikatan, setiap ikatan ia kunci demgan ”masih tersisa malam panjang untukmu maka tidurlah. “ Maka apabila ia bangun lalu menyebut nama Allah terurailah satu ikatan dan apabila ia berwudhu, terurailah ikatan yang lain dan apabila ia solat terurailah seluruh ikatan maka di pagi hari ia menjadi giat demgan jiwa yang bagus, dan apabila tidak maka dipagi hari ia berjiwa kotor lagi malas.”(HR Bukhari-Muslim)

Lisanku hanya memujiMu

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalh mereka yang apabila apabila disebut nama Allah gementar hatinya ,dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal” (8:2)

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram” (13:28)

Dari Abu Hurairah(r.a),dia berkata:”Rasulullah (s.a.w) bersabda:”Aku mengucapkan(subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah wallahu akbar),lebih aku cintai daripada tempat yang matahari terbit dan tenggelam di sana” (HR Muslim)

Serinya pagiku dengan Dhuha

Dari Abu Dzar (r.a),sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) bersabda: “Setiap kalian ada sedekah atas setiap persediaan ketika pagi hari,maka setiap tasbih adalah sedekah,dan setiap tahmid juga sedekah,setiap tahlil(bacaan lailahillallah) adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah, dan amar ma’ruf juga sedekah,serta nahi munkar adalah sedekah, dan semua ini bisa dicukupi dengan dua rakaat dhuha.”(HR Muslim)

Cahaya ilmuMu penyuluh ke syurga

Dari Abu Hurairah (r.a),sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) bersabda:”Barangsiapa menempuhi jalan untuk mencari ilmu,maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke Syurga” (HR Muslim)

Thursday, June 4, 2009

.:untukmu ukhti:.

"dalam ukhuwah,
walau tiada perkhabaran,
walau tiada pertemuan,
walau tiada perutusan,
namun keikhlasan dan secebis ingatan sudah cukup untuk menjamin ikatan yang kekal berpanjangan."

Kata-kata ni ana dapat 3 kali dari seorang akhwat yang jauh.InsyaAllah kami akan berjumpa lagi miinggu depan untuk menjaga daie-daie cilik. Rindu untuk berjumpa dengannya.. Walaupun memori kami tidak sebanyak memori ana dengan akhwat's tempat ana,namun ada suatu peristiwa yang membuat ana sering teringat dan risau pada dia..

Saat ketika dia diuji Allah dengan keyakinan pertolongan Allah, keikhlasan berjuang,ketsiqahan kepada mb,kematangan mengawal emosi,ana di samping dia mendengar dan menenangkannya. Semoga Allah masih memberi lagi ketabahan dalam hidupmu. Keterbatasan yang dimilikinya bukan suatu kekurangan namun sebenarnya suatu peluang untuk lebih menegenal hakikat diri disisiNya.

Ukhti..ada sesuatu dalam diri ukhti yang boleh digunakan untuk lebih menyumbang dalam dakwah...
namun ia terhalang kerana ada "penghalang" dalam diri ukhti yang tidak membenarkan uknti untuk menjadi teratas dalam keterbatasan. Fikir-fikirkanlah dan lihatlah dari sisi yang berbeza...

Ukhti....diri ini bukan insan yang sempurna dan bukan orang yang terbaik untuk memperbaiki,namun ingatlah diri ini sebagai insan yang sentiasa mendoakanmu. Hanya inilah kebaikan yang termampu ana berikan dalam keterbatasanku...

Jalan Juang

Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu semakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!


Thursday, May 28, 2009

Erti Sabar dariNya



Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat iman dan islam serta nikmat tarbiyah. Semoga diri ini istiqamah dan istimrar dalam meneruskan perjuangan ini. Sehingga hari ini(25 may), ana sudah seminggu 1 hari di tadika ad-din. Proses menyesuaikan diri masih berjalan. Target ana dlam bekerja ini adalah kerana Allah,supaya boleh berinfak dan belajar sesuatu untuk diri ini.

Biasalah budak2 mana yang tidak nakal. Ada yang baik,dengar cakap,pandai dan ada juga yang terlampau baik sehingga senang dibuli. Ada yang terlebih proaktif sehingga tak terkawal kesabaran ana. Dalam beberapa hari ini, ada satu hari ana tka dapat mengawal emosi ana,rasa macam nak marah budak2 ni bila buat salah. Kesian diorg. Ana pernah janji dengan seorang akhwat untuk tidak memperlakukan budak2 begitu tapi ana telah melanggar janji. Afwan ukhti… tapi mereka adalah anak2 kecil yang masih lagi suci dan bersih hatinya. Sering memaafkan dan gembira bila disayangi dan dibelai.
Walaupun begitu, masih ada lagi anak murid ana yang sayangkan ana dan sering ucap pada ana”cikgu,saya suka cikgu ni”.

Sepatutnya tugas guru adalah mendidik,bukan menghukum. Seperti juga tugas dai’e
Ana masih ingat kata2 semasa pengisian,”nahnu nad’u wa la nahkum” atau dalam bahas jawanya kita adalah mengajak bukan menghukum. Dalam kita membimbing dan mentarbiyah kadang2 kita perlu sedar tanggungjawab sebenar. Bukan memberi arahan dan menghukum bila tersalah. Ini bukanlah cara dan method Rasulullah dalam mengajak manusia.

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang bai. sesungguhnya Tuhanu Dialah yang lebih mengetahuui siapa yang sesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."(16;125).

Seharusnya kita memberi kefahaman untuk berbuat dan memperbetulkan untuk memperbaiki kelemahan.

Namun begitu ada sesuatu yang lebih berharga dapat ana pelajari hari ini. keSABARan itu perlu diutamakan dalam memberi kefahaman dan memperbetulkan.

Kesabaran itu juga datang dari Allah maka perkara yang lagi penting adalah dekatkan diri dengan Alah untuk bersabar.

"dan jika kamu membalas,maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. tetapi jika kamu bersabar,sesungguhnya itu lebih baik bagi orang yang bersabar"(16:126)

Dalam Al-quran Allah menyuruh kita bersabar dengan bersolat dan memperingati Allah sebanyak-banyaknya. hayailah sifat Allah yang Maha Memiliki. Dia yang mentadbir langit,bumi dan alam semesta. Segalanya yg ada pada diri kita adalah milikNya. Luaran dan dalaman kita adalah kurniaanNya. Sifat sabar itu juga adalah milik Allah.
Moga2 kita memperlehi keuntungan sebagai buah kesbaran.

Hari ini air mata yang ana tumpah tanpa disedari kerana ana tak dapat lagi mmengenal erti kesabran yang sebenar.

Dengan bertambahnya satu lagi amanah ana dalam menguruskan suatu organisasi besar, mengajar diri ini lebih berkomitmen,bersabar dan mengurus diri dengan lebih efektif.
Dekatkanlah diri dengan Allah. Jauhkanlah perkara yang melalaikan diri(mendengar lagu2,ketawa berlebihan,susah untuk menolong dan sbgnya).

Allah beri kita seribu alasan untuk menangis tetapi Allah memberi kita seribu alas an juga untuk tersenyum. Jadi senyumlah selalu dlm susah dan senang agar terpancar sinar keredhaan dan keimanan dari hati yang dipenuhi cinta Allah. Wallahualam.

Friday, May 15, 2009

Teruskanlah Sahabatku

Alhamdulillah, syukur kepadsa Allah kerna masih lagi dikurniakan ni’mat iman dan Islam. Dengan ni’mat2 ini seluruh hidupku berpaksikan pada hukum-hukum Allah dan dilaksanakan atas dasar cinta padaNya. Sungguh jalan tarbiyah bukan jalan yang senang dihadapi oleh manusia namun Allah masih lagi memberi kekuatan untuk terus berada dan bangkit dari setiap kelemahan2 diri. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Bermula cuti ini,bermulalah kisah dakwah dan tarbiyah melalui amanat2 Allah di atas pundakku.


Tarbiyah adalah milik Allah dan diberi pada orang yang mahukannya iaitu kepada hati-hati yang betul2 dahagakan cinta dan kasih sayangNya. Juga kepada hati-hati ynag kering ingin dibasahkan dengan ayat-ayat Allah kembali.


Dari Anas bin Malik ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,” Alah s.w.t. berfirman,”Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam , jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepdaKu akan Aku ampuni. Wahai anak Adam,sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatupun pasti Aku datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.”


Kekuatan kita hanya kepada Allah secara mutlak. Pertolongan kita hnaya kepada Allah secara hakiki. Di kala kita susah siapakah yang memberi ketenangan hati dan perasaan? Di kala kita senang kepada siapa patut kita bersyukur? Setiap ujian yang menimpa dijalan ini adalah sunnah para pejuang dan bukan dari kesalahan2 kita. Hnaya orang yang diberi hidayah sahaja akan kembali kepada Allah ketika diuji. Firman Allah:
“dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan tulus ikhlas beragama kepadaNya. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka kembali ke daratan ,lalu sebahagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Adapun yang mengingkari ayat2 kami hanyalah pengkhianat yang tidak berterimakasih” (31:32)


Allah akan menolong hamba-hambanya yang menolong agamaNya. (47:7) juga kepada hamba-hambanya yang beriman dan berkorban untuk keredhaanNya.. Pertolongan Allah ini dekat dengan orang sangat dekat padaNya melalui Ibadah wajib dan sunat. Iktibar dari perjuangan Rasullullah dan Nabi terdahulu juga sebagai teladan kepada kita. Orang orang yang istiqamah dijalanNya sering mendapat buah hasil berupa keteguhan hati.(11:120). Teruskanlah bebuat kerja-kerja Islam dan jangan putus asa dengan rahmatNya. Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata: .” Kita dahulu adalah kaum yang lemah,lalu Allah memuliakan kita dengan Islam dan bagaimana besar pun perjuangan dan pengorbanan kita tanpa Islam pastilah Allah akan menghinakan kita” Teruskanlah berjuang sahabatku..aku bersamamu megecapi pahit manis getir perjuangan bersama...uhibbuki fillah...

Sunday, May 10, 2009

AL-QURAN DIHATIKU...


KEISTIMEWAAN ORANG YANG MEMBACA ALQURAN
• Di Dunia
Mereka sentiasa dengan pembacaan Al-Quran dan mereka adalah manusia yang terpilih,diangkat oleh ALLAH Taala darjatnya setinggi-tinggi darjat.
• Peribadinya
Memperolehi ketenangan dengan cahaya ALLAH dan sentiasa mendengar dan metaati perintah Allah serta meninggalkan setiap yang dilarang daripada Al-quran dengan hati yang terbuka.
• Hatinya
Bersih lagi suci dan tidak berkarat selamanya.
• Rumahnya
Dilihat oleh penduduk dilangit seperti mana penduduk bumi melihat bintang-bintang,rumahnya dipenuhi cahaya yang ,meliputi keluarganya,banyak kebaikan didalamnya,para malaikat hadir dan syaitan-syaitan lari keluar dari rumahnya.
• Pahalanya
Setiap satu huruf bacaanya sama dengan 10 kebaikan(pahala),dikurniakan kepadanya ketenangan,dilimpahi rahmat keatasnya, dan para malaikat memayunginya. Doanya dimakbulkan ketika tamat bacaanya.Dia diumpamakan seperti buah epal wangi baunya dan sedap rasanya….
• Hari kiamat
Al-Quran akan menjadi syafaat untuknya,dia akan berada bersama-sama para malaikat,diangkat darjatnya ke syurga peringkat demi peringkat…
BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN ALQURAN
• Di Dunia
Orang yang tidak suka membaca Al-Quran,kehidupanya sempit, masalahnya tidak berakhir dan dadanya dipenuhi dengan kelemahan..
• Peribadinya
Tidak teratur, murung dan sempit dadanya
• Hatinya
Berkarat atau kotor seperti mana karatnya besi kerana hatinya tidak dimasuki cahay Al-Quran.
• Rumahnya
Keadaan rumahnya seperti tanah perkuburan yang gelap, penghuninya sesak, sedikit kebaikannya,jika banyak(kebaikan) tiada keberkatan. Tidak dimasuki malaikat malah dihuni oleh syaitan-syaitan.
• Pahalanya
Tiada pahala untuknya,diumpamakannya seperti buah peria tidak mempunyai bau dan rasa pahit manakala hatinya seperti rumah yang roboh…
• Hari kiamat
ALLAH akan menghilangkan penglihatanya dan akan dibangkitkan diantara makhluk-makhluk yang buta seraya berkata” WAHAI TUHANKU MENGAPA AKU DIBANGKITKAN DALAM KEADAAN BUTA SEDANGKAN AKU CELIK DI DUNIA?.MAKA DIKATAKAN KEPADANYA : “DEMIKIANLAH TELAH DATANG AYAT-AYAT KAMI,MAKA KAMU MELUPAKANNYA DAN BEGITULAH PULA PADA HARI INI KAMU PULA DILUPAKAN…

Al_Quran itu sumber cahaya hati umat.. jika hilang cahaya ini hilanglah segalanya.. Siapakah yang akan membwa cahaya ini ke dalam hati-hati umat ini? insyaAllah... kita semua yang ditarbiyah... hidupkanlah hati-hati manusia dengan cahaya Allah. Terangilah dan sucikanlah hati yang telah lama gelap dengan dosa dengan cahaya petunjuk Al-Quran...

Thursday, May 7, 2009

Selamat menempuhi jalan dakwah!


Katakanlah,”Berjalanlah di muka bumi,maka perhatikanlah bagaimana(Allah) memulai penciptaan (makhluk),kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Ukhtiku....
Alhamdulillah, segala pujian milik Allah,sebaik-baik perancang, yang mengatur urusan hambaNya dengan penuh hikmah dan pengajaran. Semoga kita semua tergolong dikalangan hambaNya yang terpilih. Selawat serta salam dipanjatkan pada kekasih Allah,nabi Muhammad s.a.w,para sahabat,dan para pejuang kebenaran yang masih tegar dengan semangat jihad memperjuangkan kalimah LAILAHAILLALLAH di atas bumi Allah ini.
Bersyukur kita pada Allah,masih lagi dilimpahkan ni’mat iman, ni’mat Islam dan masih lagi berada di atas jalan tarbiyah. Ukhti..untuk lebih memahami erti tarbiyah,belajarlah dari sirah Rasullullah dan para sahabat. Pelbagai ujian,cubaan,mehnah ditanggung beliau tidak seberat ujian kita di jalan tarbiyah. Tetapi mengapa kita masih mengeluh?Mengapa kita masih memberi seribu satu alasan sedangkan para sahabat dahulu tidak pernah berkeluh kesah apatah lagi berpaling ke belakang apabila diamanahkan dengan tugas-tugas dakwah. Jika diselusuri sirah,kita akan mendapati para sahabat tidak pernal mengenal erti putus asa malah tiada secalitpun penyesalan singgah di hati para sahabat. Pernahkah ukhti terfikir apakah kekuatan mereka? Mereka berpegang pada janji-janji Allah,mengamalkan syariat Allah selagi terdaya, dan yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasullullah adalah benar. Umar al-Khattab pernah berkata.” Kita dahulu adalah kaum yang lemah,lalu Allah memuliakan kita dengan Islam dan bagaimana besar pun perjuangan dan pengorbanan kita tanpa Islam pastilah Allah akan menghinakan kita”


Fikir-fikirkan.....

Bagi seorang da’i sejati, saat menapaki jalan dakwah merupakan saat pembuktian janji kepada Allah dan Rasul-Nya. Ketika itu, perjalanan dakwah akan terasa sangat panjang. Dia menyedari bahawa tidak mungkin kembali ke garis permulaan dengan alasan belum siap menhadapi tribulasi, tentangan dan ujian yang mengadang pada fasa berikutnya. Jika Rasulullah saw dan para sahabatnya berhujah dengan hal tersebut, tentu Perang Badar tidak akan pernah terjadi dan kemenangan yang gemilang itu pun tidak akan diraih. Padahal pada saat itu, beliau dan para sahabatnya hanya menyiapkan perlengkapan untuk menghadang kafilah dagang Abu Sufyan. Bukan untuk menghadapi pasukan perang Quraisy yang dipersenjatai dengan lengkap.

Inilah bukti sejarah bahawa jika janji dan komitmen seorang dai’i tulus, maka ia tidak akan mundur ketika berada di medan amal dan medan pertempuran. Ia akan terus bertahan, lalu bergerak kembali untuk menyerang atau menghancurkan musuh dan konspirasi mereka. Dia akan menunaikan seluruh amanah dakwah yang ada di pundaknya, untuk menyeru masyarakatnya kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Dia menyedari bahawa hanya Allah Penentu segalanya. Namun, dia tidak takut ketika nyawanya harus lepas dari jasad untuk membuktikan janji kepada Tuhan yang menggenggam jiwanya..sebagai bukti cintanya kepada Allah..lambang kekerdilan diri dahadapanNya...adakah kita serperti ini? Tepuk dada tanya iman.. Selamat menempuhi jalan dakwah....luruskan niat kerana Allah..jadikanlah pengembaraan hidup ini sesuatu yang dapat meningkatkan tsaqafah dan iman kita..yuk!

MEMORI TERCIPTA


Alhamdulillah.. syukur pada Ilahi, akhirnya ana telah tamat pengajian di UKM dan bermula satu kehidupan baru yang akan ana tempuhi. Insya Allah ana akan jadi guru tadika di Kajang. Sebelum tu ana pernah minta kerja di taska, walaupun gajinya agak lumayan tetapi keadaannya kurang pengisian hati. Ada juga yang ditawarkan untuk jadi RA, tapi ana lebih minat dengan kanak-kanak. Teringat kata-kata pengurus tadika:

" kalu nak kerja sebab duit,sini bukan tempatnya. tapi kalu nak pengalaman bolehla..."

Betul, duit memang menjadi keutamaan orang dalam menari kerja. Tambah pula zaman sekarang yang bertuhankan nafsu dan dunia. tapi semuanya akan hilang kerana ia sementara.

"Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani: kemuadian tanaman itu menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaaNnya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenanga yang palsu. " (57:20)

Bukankah sebaik-baik rezeki ialah yang sedikit tetapi mencukupi?

Selain gaji,pengalaman yang utama ana cari sebab sangat penting untuk kehidupan. Semoga ia akan mematangkan diri ini.

Ana teringat kata -kata Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, "orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan memberi sesuatu".

Terkenang kembali ketika mula menjejak kaki di bumi UKM, rasa seronok( sb dapat msk U) dan bahagia dapat menggembirakan mak abah. Besar harapan mereka ke atas anaknya ini. Ketika itu ana tak kenal langsung tarbiyah tu menatang ape? yang ana tahu usrah-usrah jer. Mase di kmpk dulu pernah ikut usrah Utp -rakan masjid. Tenang sikit hati waktu itu.

Walaupun luaran nampak bahagia,bersama kawan-kawan yang sekepala, kolej yang selesa,murah dan sarat dengan aktiviti kolej,tapi hati ana rasa kering. Seperti ada sesuatu yang ana telah hilang tapi tak jumpa. Ana tak rasa ketenangan yang ana jumpa masa di matrik dengan rakan-rakan usrah ana.

Suatu hari,di surau ktho ana jumpa apa yang ana cari. Seorang akhwat approach ana dengan cara yang sangat touching. Mula-mula sembang macam biasa. Dapat sedikit nasihat tapi ana tak dapt tahan untuk luahkan maslah ana. Allah itu Maha Mendengar kata hati ana selama ini. Alhamdulillah...saat itu bermulalah episod tarbiyah dalam hidup ana.....

Sepanjang hampir 3 thn macam-macam memori dan pengalam yang dikutip sepanjang pentarbiyahan. Alhamdulillah ia mengajar ana erti hidup yang sebenar untuk mencapai redhaNya. Pengalaman ukhuwah dengan akhwat adalah hadiah dari Allah untuk menguatkan lagi hati ini. Walaupun tak segalanya secerah mentari kerana kadang-kadang hujan mendung menyinggah juga dalam diari kehidupan ana. Namun ana yakin itu semua sebagai suatu ujian Allah dan proses untuk lebih berdikari. Dengan antunna ana dapt belajar erti sabar dan ikhlas keranaNya sebagai kekuatan. Jazakilah akhwat sekalian kerana menambahkan lagi kenangan bermakna dalam hidup ana. Tarbiayah tidak akn berhenti dengan tamatnya pengajian tapi sebagai satu permulaan untuk episod cerita tarbiyah dan dakwah...

Kepada adik-adik junior KTHO, jazakillah khairan katsir. Semoga Allah mengurniakan kasih sayang dan cintaNya dalam menghadapi liku-liku hidup kalian. Teruskanlah istiqamah di atas jalan tarbiyah. Ingatlah Allah akan menolongmu jika kamu menolong agama Allah. Disebalik kesusahan itu ada kesenangan. Belajarlah dari kesusahan kerana ianya akan mematangkan hidup. Carilah ketenangan dari Allah kerana ianya sumber kekuatan hidup. Maaf kerana akak bukan yang terbaik untuk kalian tetapi kalian adalah yang terbaik hadir dalam hidup akak. Semoga berjumpa lagi semester hadapan. Insya Allah...

Islamic Greeting Card