Pages

Monday, March 21, 2011

Mereka hanya berpura-pura

"Ini bukanlah keputusan yang dicari oleh Amerika Syarikat atau mana-mana sekutunya" - Barack Obama

"Kolonel Gaddafi yang menjadikan perkara ini(serangan) berlaku,kami tidak boleh membenarkan pembunuhan orang awam berterusan"-David Cameron,perdana menteri Britain

"Kami memastikan regim Gaddafi tidak menyerang wilayah Itali walaupun ke wilayah kecil kepulauan Lampedusa berdekatan Afrika"-Silvio Berlusconi,Perdaan Menteri Itali

"Pihak bersekutu bersetuju untuk menggunakan semua yang termampu untuk menguatkuasakan resolusi PBB"- Nicolas Sarkozy,Presiden Perancis

"Apa yang kita mahukan adalah melindungi  orang awam dan bukan bedilan bom ke atas mereka"- Amr Moussa,setiausaha agung liga Arab

"Kami berikrar akan bertindak balas. Gedung senjata telah dibuka untuk semua rakyat Libya menentang kuasa Barat. Semua rakyat Libya akan dilengkapi dengan senjata." Muammar Gaddafi,pemerintah Libya

Kuasa-kuasa Barat sedang berdolak-dalih menjernihkan tuduhan-tuduhan ke atas mereka namun tidak dapat menutup niat sebenar mereka. Mereka hanya berpura-pura memegang bendera keamanan.Lihatlah Iraq dan Afghanistan. Apa hasilnya setelah beberapa tahun mereka menyerang kononnya untuk memerangi pengganas sedangkan pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Bagaimana pula nasib orang awam yang ditindas di Palestin? Belum terbuka lagikah mata mereka untuk membela nasib orang awam di sana? Oh..mungkin ana terlupa yang menjajah Palestin adalah sekutu mereka sendiri,Israel. Mengapa pula mereka hendak menentang sekutunya sendiri.

"Dan ingatlah ketika orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya tentangmu (Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu ,atau mengusirmu. Mereka membuat tipudaya dan Allah menggagalkan tipudaya itu. Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya"
Surah Al-Anfal ayat 30

Janji Allah itu pasti!
 Allah pasti akan memenangkan umat Islam!