Pages

Monday, October 25, 2010

Buat mereka yang menghadapi exams


Bismillahirrahmanirahim..
Buat semua calon-calon PMR dan SPM,
Students UKM,
Akhawat yang dikasihi,
Adik Fara Nabila,
Selamat menghadapi peperiksaan,
Semoga Allah mengiringi usahamu,
Jangan pernah putus asa
Apatah lagi mengeluh
Kerana engkau diciptakan
Untuk bersyukur padaNya

Doa memohon hati yang bersih

اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan

Keterangan dan petua beramal
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menjelaska dalam kitab al-Wabil al-Sayyib, bahawa Ibn Abbas berkata hati yang bersih diperolehi dengan melakukan perkara-perkara yang baik. Perkara kebaikan yang kita lakukan menyebabkan muka bercahaya,hati dikurniakan Nur,kesihatan tubuh badan, rezeki yang luas dan dikasihi rang lain. Sebaliknya kerja-kerja jahat yang dilakukan mengakibatkan muka hilang serinya, hati diselubungi noda, badan menjadi lemah, rezeki menjadi sempit dan dibenci manusia.

Sumber dari Doa dan Zikir Harian-Ustaz Zahazan

Sunday, October 17, 2010

Cerpen :Engkau memang cantik-part 2

Waktu zaman persekolahan Iman sangat aktif dalam persatuan pidato. Juara pidato peringkat kebangsaan menjadi kepunyaannya selama dua tahun berturut-turut. Sebagai Timbalan Pengarah Kelab Pidato,memang banyak kerja perlu dibuat bersama dengan pengarah kelab pidato,Umar Tarmizi. Keakraban yang terjalin menjadikan mereka sangat rapat sebagai sahabat. Masing-masing menyimpan perasaan tapi belum diluahkan.

"Iman,kalau Iman dapat sambung belajar,jangan lupakan abang. Manalah tahu kita dapat belajar tempat yang sama bolehlah kita jumpa"

Iman terdiam seketika memikirkan jawapan.

"Ok. Boleh saja. Insya Allah"

Cerpen:Engkau memang cantik-part 1

Suasana semakin gelap di langit menandakan siang semakin menutup tirainya menunggu malam menggantikan diri. Maha suci Allah yang menciptakan semuanya megikut peredaran waktu. Teringat kembali pemandangan indah di Bukit Merah Laketown Resort ketika bersama famili pada hari keluarga anjuran tempat kerja abah. Ketika itu aku berumur 8 tahun sangat rendah untuk melihat langit yang tinggi. Ku panjat jongkang-jongket dan perkataan pertama aku ungkap ialah"cantiknya...matahari nak naik la akak!" Masa tu zaman budak-budak. Sekarang hanya kenangan tersimpan rapi di kotak igatan. Kalaulah kakak masih ada disisiku.

"Sudahlah...jangan difikir sangat masalah itu. Inikan ujian Allah.." Terngiang-ngiang kata- kata kakak. Memang dari dulu aku rapat dengan kakak. Seorang gadis yang sopan-santun dan matang berfikir. Selalu menjadi tempat bermanja dan tempat rujukan. Almaklumlah aku kan satu-satunya adik bongsu kakak.

"Iman kena jadi perempuan yang mejaga maruah ye."
"Macam mana tu kak? Tak fahamla. Iman kan tak buat perkara yang bukan-bukan."
Kakak senyum seketika dan sangat sabar melayani kerenahku.
"Menjaga maruah itu bukan saja tidak buat perkara bukan-bukan dik. Iman seorang perempuan muslimah,harus menjaga maruah sebagai seorang perempuan dan sebagai muslimah. Jaga pergaulan,jaga percakapan,jaga akhlak dan yang penting sekali...."
"Jaga hati. Betul tak kak?"
"Betul tu. Pandai pun adik akak. Hm...ni ada satu hadiah untuk iman. Tapi iman kena janji dengan akak iman akan buka hadiah ni bila iman sudah bersedia untuk berubah."
"Berubah jadi macam kakak ke?"
"Hm.tak.. Bila Iman sedia berubah kerana Allah."
Aku lihat bungkusan merah hati dengan penuh ceria.
"Terima kasih kak..kak..AKAK!!! Mana akak? Jangan pergi kak.."



Wednesday, October 6, 2010

Cerpen: Harapan

Dua orang sahabat bertemu setelah sekian lama berpisah di sebuah restoran limau nipis yang terkenal di Bangi.
"Mungkin dia sudah berkeluarga dan mendapat kerja yang lebih bagus dari aku. Beruntung kau Husna.."  Aliya cuba meneka-neka dalam hati.

Monolog Husna pula
"Mungkin dia sudah berkahwin dan mendapat anak yang comel. Hm..almaklumlah orang yang cantik selalunya jodoh cepat. Mungkin dia dapat suami yang caring dan penyayang. Tak macam aku,belum bertemu jodoh lagi. Hai..bilalah nak sampai waktunya..kerja pun macam tu juga..."

Kedua-dua sahabat ini saling meneka-neka nasib kawannya dalam perjalanan ke restoran.
"Assalamualaikum,ni Husna kan? Ingat aku lagi tak? Aliya..."
"Waalaikumsalam,Aliya...macam dulu jugak,tak berubah muka kau. Makin cantik. Tak bawa suami ke?"
"Engkau pulak makin bergaya aku tengok. Mesti kerja hebat ni. Betul tak?"

Masing-masing terkedu terdiam sementara tangan  sedang bersalam. Menggelamun sebentar memikirkan cerita apa yang bakal dipersembahkan kepada sahabat lama mereka ini. Kalaulah mereka tahu cerita sebenar.....

Monday, October 4, 2010

Kerja..open house...walimah...

Salam aidlfitri untuk yang sedang membaca. Tiba-tiba teringat pesanan seorang akhwat sebelum berpisah,"update blog!".  Tergerak hati untuk menulis sesuatu sekadar berkongsi.

Hari ini hari terakhir ana praktikal di sebuah syarikat di kajang. Lega hati tak terkira. Kenapa? Hm..biarlah rahsia dan tidak sesuai untuk dikongsi. Ahad lepas beraya di MT dan BD. Jazakillah kak Soba kerana sudi bawa saya jalan-jalan. Untuk ahli-ahli MT dan BD,masakan antunna memang sedap. Alhamdulillah kenyang..
 Hari Sabtu pula ana berkonvoi ke seremban untuk memenuhi undangan rumah terbuka syira. Jazakillah pada Syira dan Hifa kerana melayan kerenah kami yang banyak kerenah. Layanan special tau. BBQ kami dihantar ke meja berbanding orang lain ynag terpaksa beratur menunggu.  Alangkah indahnya jika saat itu dapat dikongsi bersama akhawat lain dan mad'u  ke rumah syira. Pasti lebih meriah ditambah pula ibu Syira yang tak kenal penat melayan kami dan tetamu-tetamu lain. Seminggu sebelum itu, memang dah plan untuk ke majlis perkahwinan rakan sekolah ana. Sejak habis SPM tak pernah langsung jumpa memandangkan dia belajar di Mesir. Pejam celik bila berjumpa dia sudah berkahwin. Rasa seperti masa berlalu dengan cepat. Rasaya bagai baru semalam kami  mengucapkan salam perpisahan selepas exam paper last SPM. Dialah yang memecah rekod menjadi orang pertama berkahwin dahulu di antara kami. Subhanallah,sungguh cantik aturan Allah yang mengatur hidup hambaNya agar tidak dibiarkan leka dengan dunia ini. Rasanya belum terlewat untuk ana ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk sahabatku, Raja Suhaili & Mohd Atif. Semoga kalian bahagia dan beroleh  keluarga yang sakinah,mawaddah wal rahmah!