Pages

Wednesday, July 21, 2010

Tukar Murabbiah

Pindah Rumah
"Minggu ni minggu terakhir kita kat sini,sebelum kita pindah rumah minggu depan mak nak buat makan-makan sikit untuk jiran-jiran dan untuk anak-anak mak juga." Pesan emak dengan nada ceria bercampur sedih. Ceria kerana hendak berpindah rumah baru tapi sedih melihat riak wajah anak-anaknya yang muram. Anak-anak pula bertambah sedih kerana terpaksa meninggalkan teman-teman sekolah dan suasana yang telah sebati dalam diri.

"Minggu ni minggu terakhir ana sebagai murabbiah antunna. Halaqah jumaat ini halaqah wida' jadi ana nak kita masak special  dan makan sama-sama  di rumah sebelum halaqah. Bawa hadiah dan kad sekali ye. " Pesan murabbiah dengan perasaan rasional mengatasi emosional sedangkan anak-anak halaqah yang lain sedang membayangkan siapa pula pengganti murabbiah. Ada juga yang sedih hendak bertukar murabbiah. Macam pindah rumah saja.

Fenomena biasa akhawat untuk bertukar-tukar murabbiah untuk tempoh tertentu. Sejak mula ditarbiyah sudah 9 orang akhwat pernah menjadi murabbiah dan sudah melalui lebih dari 10 halaqah. Namun itu bukan penyebab untuk ana mengatakan "ana khairun minkum" atau ana lebih baik dari orang lain tapi inilah yang dinamakan proses tarbiyah. Sebuah pengalaman yang banyak mengajar ana menjadi seperti sekarang. Nadi utama dalam pentarbiyahan adalah proses halaqah yang muntijah. Proses untuk menuntut ilmu dan saling memeperingati sesama rakan seperjuangan. Kadang-kadang bahan yang disampaikan mungkin pernah dapat dari mana-mana majlis ilmu tapi keperluan ruhani yang sentiasa minta diisi menjadikan hati sangat membutuhkan pengisian. Rasulullah sendiri pernah meminta para sahabat untuk membacakan ayat-ayat Allah sehingga tiba suatu ayat baginda menyuruh sahabat berhenti dan menangis. Begitulah juga hati manusia yang sentiasa ingin diingatkan dengan ilmu-ilmu dan ayat-ayat Allah.

"Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (51:55)

Sebagai manusia yang dianugerahkan ni'mat perasaan oleh Allah,wajar saja hati merasa sedih untuk berpisah terutama berpisah dengan orang yang tersayang dan rapat. Begitu juga perasaan ahli-ahli halaqah yang mendapat berita perpisahan dengan murabbiah dan halaqahmate. Bagi sesetengah mungkin ini adalah salah satu adegan yang paling tidak diingini dalam hidup. Ada juga yang boleh menerima dalam waktu yang cepat kerana ini bukan kali pertama berlaku. Maka di sinilah murabbiah mengambil peranan untuk me'neutral'kan semula perasaan masing-masing. Hubungan yang telah di bina perlu dikukuhkan lagi agar kekal erat di dalam dan di luar halaqah.

"Walaupun ana bukan murabbiah anti lagi tapi ana tetap mengharapkan kita berukhuwah seperti sebelum ini"
"Walaupun anti bukan murabbiah ana lagi tapi ana tetap mengharapkan teguran dan nasihat dari anti"  

Beginilah jalan dakwah dan tarbiyah mengajarkan kita saling mengingati dalam rangka hidup untuk memberi. Asas yang harus ditanam dalam diri iaitu berukhuwah untuk saling menasihati sesama manusia dan mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya kepada manusia.

Kadang-kadang agenda dan rentak halaqah yang sama bisa membuatkan hati menjadi bosan. Tepu dengan rutin yang biasa kerana fitrah manusia yang cepat jemu dengan sesuatu yang sama.
"Sebelum kita memulakan halaqah,ana nak antunna senaraikan semua bahan-bahan yang antunna dah dapat"
Beginilah salah satu cara murabbiah untuk mengenali fikrah dan kefahaman anak halaqah. Bila ia sentiasa berulang bukankah ia mendatangkan kebosanan sehingga habis semua bahan halaqah diterima?
"Ana nak antunna keluarkan sehelai kertas dan senaraikan apa yang antunna harapkan dari halaqah ini. Antunna boleh cadangkan apa-apa aktiviti atau perubahan yang antunna inginkan untuk halaqah kedepan. Segala perubahan akan dibincangkan selepas ini."
Dengan pantas si anak halaqah menyenaraikan semua idea-idea yang terpendam dalam kepala selama ini.
Sepertimana seorang musafir mahu merancang sebuah perjalanan,begitu juga murabbiah dan ahli halaqah perlu teliti dalam merancang sebuah perjalanan halaqah agar ia tidak ketandusan ruh dan semangat.

Murabbiah vs Mutarabbi
Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Sang murabbiah bukan sahaja menyampaikan bahan atau ilmu dalam halaqah malah perlu bersikap sesuai dengan apa yang dipertuturkan. Semua orang boleh prepare dan menyampaikan bahan atau ilmu tapi tanggungjawab yang lebih besar ialah menjadi teladan untuk mutarabbi.

"Wahai orang-orang beriman mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" (61:2)

Tidak semua orang mampu memikul amanah ini. Jika diikutkan nafsu mahu saja ditinggalkan jalan tarbiyah ini untuk keseronokan dunia. Hatta gunung sekalipun tidak berani memikul amanah di atas muka bumi ini. Tapi kerana hidayah dan rasa cinta yang agung kepada Allah dan RasulNya yang menjadi penguat hati dan penghibur ketika ditimpa ujian. Memang menjadi murabbiah bukan suatu yang senang,bukan seperti penceramah bebas yang hanya menyampaikan isi ceramah dan kemudian balik rumah berjumpa anak isteri. Jadi jangan merendahkan murabbiah lantaran satu kesilapan yang pernah dilakukan tapi hitunglah berapa banyak kebaikan yang pernah diberi kepadamu!

Sebagai mutarabbi,laksanakan segala amanah dan segala teguran dari murabbiah ambillah dan hadamkan dalam hati kerana sesungguhnya teguran dan nasihat itu tanda sayangnya dia pada kita. Selain Allah,Rasul dan keluarga, dialah orang yang paling cinta dan ambil berat terhadap kita.Janganlah sesekali kita memepersia-siakannya atau cuba menilai keikhlasan hatinya kerana hanya Allah sahaja yang menilai keikhlasan hambaNya. Jika anda pernah menjadi murabbiah maka anda harus lebih tahu isi  hati seorang murabbiah!

Buat akhwatku sekalian selamat berhalaqah!





glosori:
murabbiah:naqibah /ketua usrah/halaqah
mutarabbi: ahli-ahli usrah/halaqah
halaqah muntijah : halaqah yang sukses



Thursday, July 8, 2010

Air Mata Enggan Menitis

Setiap minggu,inilah hari yang aku tunggu . Bukan sekadar perjumpaan mingguan malah lebih dari sebuah pertemuan. Moga-moga setiap detik kami bersama dalam rangka memperbaiki iman dan amal diberkati dan dikira oleh Allah di akhirat nanti.

"Astaghfirullahalazim..."
Sayup-sayup kedengaran Ukhti Mas mengetuai bacaan istighfar. Terasa diri ini sering lalai.
Baru sekejap tadi kami bergelak ketawa bersama.
Baru sekejap tadi kami berkongsi cerita dengan wajah yang ceria.
Sesungguhnya kegemberiaan itu nikmat dari Allah namun kadangkala hati ini perlu bermuhasabah mengingati Pencipta agar tidak selamnya terleka..

Selesai sudah bacaan zikir....
"Ana nak antunna ambil sehelai kertas dan catat setiap dosa-dosa yang pernah antunna lakukan sejak lahir ,sejak kecil hinggalah sekarang....
Muzik kitaro bergema di setiap penjuru bilik.
"Jika antunna hendak menangis ,menangislah. Buangkan rasa ego antunna ketika mengakui dosa-dosa antunna. Catatlah semua dosa-dosa yang pernah antunna lakukan."

"Orang munafik melihat dosa-dosa kecil seperti lalat yang hingggap di hidung dan akan hilang bila ditepis. Orang yang beriman melihat dosa-dosa kecil sebesar gunung Uhud. Bayangkan bagaimana pula antunna dengan dosa-dosa antunna"

Aku buat seperti yang disuruh. membahagikan kertas kepada dua bahagian iaitu dosa kepada Allah dan dosa kepada manusia. Semuanya sama banyak.

Sedikit demi sedikit teringat memori dulu sebelum ditarbiyah dan selepas. Hubunganku dengan keluarga dan akhawat. Satu per satu cerita terlakar dalam pemikiranku.

Tapi aku belum dapat menangis sedangkan rakanku yang lain sedang mengalirkan air mata.
.
Suatu masa ketika jaga gerai buku di Giant..
Handphone berdering tapi tangan tak berdaya untuk mengangkat.
"message sent"
"Akak..ana tak nak angkat panggilan akak bukan sb terasa dengan akak tapi ana sedang menangis. Ana tak nak tunjuk depan manusia ana menangis. Biarlah depan Allah sahaja ana mengaku semua kesalahan ana.."


Ketika itu aku sangat sedih menerima satu lagi teguran Allah untuk hambaNya yang sangat hina ini.. Tak dapat nak disorok lagi air mata ini. 

Pen ditangan masih lagi mencatat dosa-dosaku tapi aku belum dapat menangis. Hanya terkesan dihati namun belum dapat diterjemahkan.

"Ana nak antunna berhenti menulis. Lihat api lilin yang menyala ni. ana nak sesiapa volunteer untuk menyentuh api lilin ini.."

Memang tiada sesiapa yang berani.
"Api lilin ni umpama api neraka?" tanya kak Mis

"Api lilin ini sebenarnya kecil jika nak dibandingkan api neraka yang lagi dahsyat.
Berapa banyak dosa yang antunna telah catat tapi tiada seorang pun yang sanggp menyentuh api lilin ini."

Ya Allah,betapa selama ini aku jarang memikirkan tentang azabMu. Ampunkanlah dosaku. Hampir-hampir air mata ini  hendak menitis....

"Setiap anak Adam berdosa(melakukan kesalahan) dan sebaik2 anak Adam yang berbuat dosa ialah yang bertaubat"


Jika berdosa dengan manusia,cepat-cepatlah meminta ampun pada mereka.
Jika berdosa dengan Allah cepat-cepatlah bertaubat...
Kerana belum tentu sedetik lagi kita akan hidup,mungkin maut sedang mengintai kita....

.....................................................................................................

Pagi ini singgah di Masjid Universiti(sb kat mta takde air)
Berehat di tepi masjid berfikir berzikir alunan mathurat dan bertafakur sambil menunggu yang lain siap...
Syukur masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dan masih hidup untuk meneruskan amanah-amanah di muka bumi...
Memang susah hendak menangis di depan orang...
Walaupun masih dapat menangis dihadapanMu...
Itulah nikmat yang sangat disyukuri...
Alhamdulillah.....