Pages

Wednesday, August 25, 2010

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan dan Sebuah Kisah...



"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."


***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***
 
 
 
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
 
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".


**** PENONTON TERCENGANG! ****
 


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
 
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
 
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
 
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
 
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
 
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
 
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
 
"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
 
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".
 
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
 
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
 
" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
 
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "
 


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****
 
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"
(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


**** TUKAR CHANNEL BALIK ****
 
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
 
6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
 
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

 
**** BLACKOUT, TUTUP TV ****
.:Artikel asal dari iluvislam:.

Sebuah Kisah
Buat sahabat-sahabatku dan diriku jua.
Sebuah cerita yang ana petik dari buku "Bila Allah Menduga Kamu" karya Syed Alwi Alatas.
"Sahabat kami ini adalah seorang aktivis dakwah,bahkan dia tergolong sebagai pemimpin serta seorang ustaz muda. Ustaz muda ini ingin berkahwin buat kali kedua.DIa bergaduh kecil dengan isterinya mengenai persoalan ini dan dia selalu berdolak-dalik dengan isterimya dengan mengatakan keinginannya itu merupakan takdir dari Allah. Maksudnya, Allah telah mentakdirkan dirinya berkeinginan melakukan poligami. Jadi Allahlah yang telah menetapkan perkara itu bagi dirinya,begitu dia meyakinkan isterinya. Kemudian dia pun melamar seorang muslimah dari keluarga kaya yang setuju untuk menerima lamarannya. Namun,keluarga muslimah itu menolak dengan tegas lamaran tersebut. Sejak dari itu,keluarga muslimah tadi melonggarkan syarat dan memberikan peluang penuh kepada pemuda lain yang hendak melamar puteri mereka, asalkan dia belum mempunyai isteri,padahal sebelumnya mereka menghendaki calon kaya sahaja.
Semua halangan itu dipandang oleh mereka berdua sebagai ujian dari Allah dalam proses menuju alam perkahwinan.Hubungan diteruskan secara diam-diam dan perasaan diantara keduanya semakin kuat hingga mereka saling menyatakan cinta. Mereka saling berhubungan melalui telefon di malam hari, pada waktu-waktu orang bangun untuk solat malam,hanya untuk mencurahkan isi hati dan menyatakan cinta. Perkara ini saya sendiri mendengarnya secara tidak sengaja, ketika suatu malam saya tidur di pejabat tempat biasa kami melakukan aktiviti dakwah. Ustaz tersebut juga sedang tidur di sana dan pada waktu fajar menjelang subuh saya terdengar perbualan telefon seperti orang yang sedang bercinta. Saya merasa meluat dan terus menyatakan hal in kepadanya. Ustaz tersebut mengakui kelemahan dan kesalahan dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi. Tetapi perkembangan berikutnya ternyata menjadi semakin buruk dan teruk. Suatu hari ketika keduaya melakukan perjalanan ke luar kota, berdua sahaja(luar pengetahuan rakan-rakan lain dan tanpa pengetahuan saya).Keduanya melakuan perjalanan hanya untuk merancang perkahwinan mereka yang terhalang itu. Ketika dalam kenderaan ,muslimah tersebut mengulurkan sekeping kertas kepada ustaz. Kertas itu mengandungi permintaanya untuk dikahwini secara rasmi dengan perantaraan wali hakim. Maka terjadilah pernikahan mendadak juga diikuti bulan madunya. Mereka melakukan pernikahan diam-diam di luar kota, diteruskan pula dengan berbulan madu pada waktu singkat.
Seminggu selepas kejadian, ustaz tersebut memberitahu isteri pertamanya berkenaan pernikahan yang baru dilakukannya. Si isteri tentu saja merasa terkejut dan menangis sepanjang malam, sementara ustaz tersebut berusaha menenangkannya. Keesokan harinya, tangisan si isteri mula reda dan dia semakin dapat menerima perkara itu sebagai suratan takdir yang tidak mampu ditolak. Maka, dia pun bersedia untuk dipertemukan dengan madunya. Ketika mereka bertemu, keduanya mampu berbual-bual dengan baik dan tenang,sehingga ustaz tadi pun berkata ."seolah-olah saya melihat syurga di depan saya, " Di ketika itu dia merasa "sudah menang" dan mungkin secara tidak sedar merasa telah berjaya menyelaraskan takdir Allah sesuai dengan keiginannya. tentu saja itu merupakan takdir Allah tapi takdir Allah yang bagaimana? Yang baik ataupun buruk? Kemudian ketiga-tiga insan tadi berangkat berangkat ke rumah seorang ustaz yang lebih tua dan memiliki kafa'ah syar'i(pemahaman tentang ilmu syariat) untuk melaporkan keadaan mereka dan meminta nasihatnya. Si ustaz yang sudah mengetahui rancangan ustaz muda itu untuk ta'addud beberapa waktu sebelumnya  cepat melakukan tinjauan  untuk mengetahui perkara sebenar. Setelah dia mengetahui perjalanan cerita secara terperinci , dia mengatakan dengan tegas bahawa perkahwinan tersebut tidak sah sama sekali. Ketiga-tiga mereka terkejut dan pada saat ini,Allah menunjukkan takdirnya yang lain pada ustaz muda tadi. Dia berasa sudah melihat syurga di depan matanya tiba-tiba jatuh terhempas, tidak saja menyakitkan diri sendiritapi juga menyakitkan mereka yang di sekitarnya dan yang memberi dakwah. Pernikahan itu sendiri akhirnya batal,tanpa diketahui orang ramai termasuk pihak keluarga si muslimah!
Mungkin cerita ini berkaitan dengan isu poligami,tapi punca segalanya ialah pergaulan yang tidak terjaga di antara lelaki dengan perempuan,walaupun ia adalah aktivis dakwah namun tidak terlepas dari fitrah manusia.Faham-faham sahajalah jika hati megikut penilaian nafsu,iman dan ilmu diketepikan. Jadi, jangan sesekali bermain dengan api.  Wallahu'alam.

Friday, August 13, 2010

Beginilah Ramadhan Menyapa Kita...


Seolah-olah Ramadhan berkata kepada kalian...

Allah swt membanggakan kalian.
Dari Ubadah bin Shamit, Rasulullah saw bersabda, ”Ramadhan datang kepada kalian ,bulan yang penuh berkah,pada bulan itu Allah akan memberi naunganNya pada kalian. Dia menurunkan rahmatNya,Dia hapuskan kesalahan-kesalahan dan dia kabulkan doa. Di bulan itu Allah akan melihat kalian berlumba melakukan kebaikan. Allah akan membanggakan kalian (di depan malaikatNya). Maka perhatikanlah kebaikan diri kalian kepada Allah, sesungguhnya orang yang celaka ialah pada bulan itu tidak mendapat rahmat Allah. (HR Thabrani)

Mana orang-orang berpuasa?
”Sesungguhnya di syurga ada satu pintu bernama Al-Rayyan,dari pintu ini akan masuk orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak ada sesiapapun selain mereka yang akan memasuki pintu ini,dikatakan : ”Mana orang-orang berpuasa?” Lalu mereka berdiri ,tidak ada seorang pun selain mereka yang memasuki pintu ini ,jika orang-orang berpuasa telah masuk,maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun selain mereka memasukinya. (Muttafaqun alaih)

Siapa yang memohon ampun kepadaKu?
Bagaimana jka Allah turun ke langit dunia dan menyeru manusia untuk melakukan ibadah,meminta mereka untuk melakukan seruanNya agar berdoa dan meminta kepadaNya. Allah membuka pintu taubat sampai Allah mengampuni mereka. Namun layakkah kita menolakNya kerana sibuk dengan hal-hal dunia sedangkan kita adalah hambaNya yang mutlak?

Puasa adalah untukKu.
Hadith Qudsi ”Puasa itu untukKu dan aku yang akan membalasnya.” (Muttafaqun alaih) Ganjaran puasa hanya Allah sahaja yang mengetahui. Hanya Allah yang tahu is hati manusia. Hanya Allah yang tahu keikhlasan hambaNya. Maka selayaknya hanya padaNyalah kita berpuasa.

Wahai pemburu kebaikan kemarilah. Wahai pelaku kemaksiatan berhentilah.
Bulan puasa menjadikan bertambahnya kekuatan orang yang beriman dan berkurangnya keinginan untuk melakukan kemaksiatan.
Dalam sebuah riwayat sahabat Salman Al-Farisi radhiyallahuanhu,

Rasulullah saw berkhutbah di hadapan para sahabatnya ,
” Wahai manusia,telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai(ibadah) di dalamnya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kebaijkan , dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah . Siapa mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan(pada bulan itu), seolah-olah ia mengerjakan ibadah wajib pada bulan yang lain. Siapa mengerjakan satu perbuatan wajib , ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran,dan kesabaran itu balasannya syurga, ia(juga) bulan tolong-menolong,di mana di dalamnya rezeki seorang mukmin bertambah. Siapa memberikan makanan berbuka (ifthar) kepada seorang yang berpuasa(di bulan itu) , maka itu menjadi maghfirah(pengampunan) atas dosa-dosanya,penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu,tanpa mengurangi pahala orrang yang berpuasa sedikit pun.”

Kemudian para sahabat berkata,” Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai makanan pembuka bagi orang yang berpuasa. “

Rasulullah saw berkata, “ Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan makanan berbuka dari sebutir kurma , atau satu teguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmah,pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebeasan api neraka.”
(HR Baihaqi)


Aku mencegahnya dari makanan dan syahwat di siang hari.
Dari Abdullah bin Amru ra bahawasanya Rasulullah bersabda. ” Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari qiamat . Puasa berkata, ”Wahai Tuhanku,aku telah mencegahnya dari makan dan syahwat di siang hari,oleh itu terimalah syafaatku untuknya. Lalu Al-Quran berkata , ” Wahai Tuhanku, aku telah mencegahnya dari tidur di malam hari,oleh itu,terimalah syafaatku untuknya. ” Rasulullah saw bersabda,”Lalu syafaat keduanya diterima oleh Allah swt.” (HR Ahmad)

Sumber dari buku "Nasihat Ramadhan orang-orang shalih" karya Sulthan Hadi

Monday, August 9, 2010

Hadiah teristimewa Ramadhan

Hadiah

"Siapa pulak yang tetiba bagi hadiah ni? birthday bulan lepas. masa tu takde sape bagi hadiah tapi kenapa sekarang baru dapat hadiah?Ishk3x." 






"Semoga Ramadhan kali ni adalah terbaik buatmu jua...."




"Ana uhibbuki fillah aidhan"










Tiba-tiba           





"Akhirnya kutemui jua siapakah pemberi hadiah teristimewa Ramadhan ini...
Jazakilah kak xxxx atas semua ilmu yang diberikan selama ini....
Semoga Allah sentiasa bersamamu dalam menolong agamaNya...."


Tiada kata-kata yang dapat diungkap saat mengetahui hadiah ini dari dia,Hanya doa sahaja sebagai balasan semoga dirinya sihat,tabah,tsabat,dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam kasih sayangNya.





Selamat menyambut Ramadhan
 
"Bila datang malam pertama Ramadhan,maka syaitan-syaitan dan jin-jin dipenjara, pintu-pintu neraka ditutup sehingga tidak satu pun terbuka, pintu-pintu syurga dbuka sehingga tidak ada satu pun tertutup,dan para penyeru(malaikat) memanggil, " Wahai para pemburu kebaikan ! Sambutlah (kedatangan Ramadhan). 'Hai para penderhaka! Kurangilah perbuatan maksiat. ' Allah Subhanahu Ta'ala membebaskan (orang-prang beriman)dari pedihnya seksa neraka, dan hal itu berlangsung setiap malam " (HR Imam Tirmizi)


Seakan-akan Allah berkata kepada hambaNya,
"Sesungguhnya alasan utama kalian lari dari ketaatana dalah kerana pujuk rayu syaitan. Kini, Aku telah membelenggu mereka di bulan Ramadhan. Jadi tidak ada lagi alasan untuk membangkang kecuali kerana bisikan dirimu sendiri. Pergilah ia!"

"Demi jiwa serta penyempurnaanNya. Allah mengilhamkan kepada jiwa (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Sesungguhnya, merugilah orang yang mengotorinya."
(91:7-10)

Pilihan di tangan kita sama ada hendak menjadikan Ramadhan ini madrasah mendidik jiwa atau membiarkan ia berlalu begitu sahaja.
Sungguh rugilah orang yang meninggalkan Ramadhan tetapi amalnya tidak bertambah. Orang yang menganggap bulan Ramadhan bulan yang letih kerana tidak dapat makan, bulan untuk membeli-belah kerana jualan murah, bulan yang hanya memikirkan persiapan menghadapi raya melebihi persiapan iman,mereka hanya dapat nikmat dunia melebihi indahnya nikmat Ramadhan.
Berbanding bulan-bulan yang lain,tiada satu pun yang Allah lebihkan melainkan bulan Ramadhan.
Amalan sunnah mendapat pahala amalan wajib dan amalan wajib mendapat pahala berlipat kali ganda.
Bulan untuk menyucikan hati dengan segala doa,zikir,tilawah, dan taubat.
Inilah bulan untuk mengumpul ganjaran pahala,
Inilah bulan untuk mentarbiyah jiwa,
Inilah juga bulan untuk lebih menghayati ibadah dan mendekatkan diri kepadaNya.

Maka sungguh sangat merugilah orang yang mensia-siakannya.








Rehlah

   Alhamdulillah, segala syukur bg Allah kerana  telah membantu ana dan barisan AJK untuk menjayakan Rehlah Tautan Mahabbah '10 semalam. Sebagai mas'ulah program(ketua program) memang hati tidak tenteram kerana memikirkan persediaan sebelum program. Beberapa hari sebelum program, tidur tak cukup,meredah hujan sampai lencun basah(jazakillah ukhti syira sebab pinjamkan sweater dan pakaian), push AJK untuk siapkan modul tepat pada waktunya,bukan kerja mudah. Dah lama ana tak handle program sampai ana rasa takut andai hilang semangat dan momentum.. Para AJK program juga sibuk dengan komitmen lain sebagai pelajar dan akhwat, namun ana cukup terharu dan berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Walau sibuk dan penat tapi masih boleh memberi sepenuh komitmen. Jazakillah untuk akhawat(kamilah,seha,zu,nora,eton,nur,syikin,syira dan fadilah). Hanya Allah yang layak membalas kebaikan antunna. Untuk peserta,jazakillah kerna sudi datang ke program kami. Harapan kami amat tinggi untuk melihat adik-adik berubah dan mengubah. Ingatlah detik kita bersama sebagai satu titik tolak untuk memperbaiki diri dalam tarbiyah. Seperti kata seorang peserta dari Usim,jangan serik untuk ke program. Ya,kami juga takkan serik untuk membuat program untuk adik-adik. Namun,biarlah Allah tentukan,semoga program ini bukan yang terakhir kita bersama,atau mungkin sebaliknya. Wallahualam..

"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa di jalan Allah"
(49:15)

Monday, August 2, 2010

Aku Cinta Allah

















Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang yang Kau rindukan yang Kau cintai 

Aku lemah tanpa-Mu aku lelah aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku Ya...Allah
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

(wali band) 


Ketika diri sedang dilanda musibah,hati terusik dengan ayat-ayat Allah.
Jiwa merintih betapa selama ini tidak dapat menjadi insan yang bersyukur.
Iman berbicara mengaku sangat lemah untuk menunjuk jalan.
Nafsu hanya mementingkan diri sendiri kerana tidak didik dengan baik.
Aku termenung..bermuhasabah..hati semakin sebak...menghitung setiap dosa...
Akhirnya hati meyakini  tiada yang dapat memujuk diri selain dengan kembali kepada Allah..
Perbaiki jiwaku..
Kuatkan imanku
Didiklah nafsuku
Wahai Tuhanku.
Hanya kepadaMu aku memohon...