Pages

Friday, February 4, 2011

V-day: Surprisekah?

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari kedua di kampung....
alhamdulillah dapat bercuti...
Tenangkan fikiran...
Bukan sebarang cuti....
Fikirkan perancangan ke depan....
Sambung study atau teruskan kerja....
Jawapannya dalam istikharah...

Hari ini 5hb Feb. Lagi 9 hari lagi valentine day atau orang lebih suka sebut V-Day. Pasangan kekasih tidak sabar menyambutnya. Almaklumlah nak membuktikan bukti cinta kepada sang kekasih. Pelbagai hadiah dirancang oleh sang kekasih. Mungkin ada yang nak beri minyak wangi,kad, atau tiga kuntum bunga ros merah. Wah..sungguh surprise bunyinya sampai perlu berahsia dengan pasangan masing2. Ada juga yang sanggup mengambil cuti emergency untuk berjumpa sang kekasih yang berada nun jauh di sana.

Wahai pasangan kekasih,sesungguhnya cerita di sebalik valentine sungguh 'surprise'. Kenapa syamil iman cakap mcam tu? Hari kejatuhan umat islam Sepanyol jatuh pada tanggal 14 Februari. Surprise kan? Jadi jika anda ingin meraikan hari V-Day fikir-fikirlah dahulu. Jika hendak membuktikan kasih sayang ,hari lain pun boleh. Hari-hari pun tak ape jika pasangan anda adalah suami atau isteri anda. Ada isu lagi penting sekarang tentang demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir untuk mengusir perdana menteri Hosni Mubarak.Sama-sama mendoakan nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia agar kembali aman.
Jika anda masih mengambil sikap tidak peduli,maka tunggulah sembilan bulan akan datang,MUNGKIN akan banyak bayi-bayi luar nikah dan lebih teruk lagi dibuang di tepi tong sampah. Jika anda sensitif tentang nasib umat Islam fikir-fikirkanlah untuk menyambut Valentine day atau tidak.
Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment