Pages

Monday, July 13, 2009

Realiti remaja pelik......


Sejak dua tiga menjak ni ana dah jelik dan menyampah nak baca surat khabar. Semalam,dilaporkan tentang "gadis gomol". Ceritanya mengenai gadis kelab malam berumur 27 tahun yang minum tonik atau pil ecstacy semata2 untuk menghilangkan rasa malu menyanyi di atas pentas sehingga boleh menyanyi di atas meja dan selesa digomol oleh pelanggan. Ya Allah,sesak dada ni diurut banyak kali bila baca berita anak2 muda sekarang. Sangat kesian bila melihat mereka masih terkapai2 mencari cahaya namun tersesat di jurang maksiat.
Kes kedua,surat khabar yang sama juga melaporkan tentang aksi ganas remaja-remaji sekarang sehingga dilabel "mafia betina". Sedihnya bilamana kelakuan seorang perempuan sangat rendah hingga digelar betina. Kesnya adalah seorang remaja 13 tahun dibelasah oleh rakan sebayanya di luar surau. Ya Allah...sedih sangat bila melihat realiti zaman sekarang bila sangat jauh dengan cahaya Al-Quran dan kurangnya ilmu akhirat.
Rasulullah pernah meramalkan di akhir zaman nanti Islam akan kembali asing. Ramai yang mengamalkan Islam cukup-cukup makan. Seperti kita makan nasi,asalkan ada nasi,kuah,lauk dan sayur pun cukuplah kenyang. Asal solat 5 waktu tak tentu awal atau akhir waktu,puasa cukup sebulan kalau kurang liat nak ganti,bayar zakat sebab peraturan dari lembaga zakat,pergi haji di hjung usia,maka cukuplah kislamannya. Surau untuk orang tua-tua solat manakala rumah untuk orang muda-muda solat. Majlis2 ilmu agama bila berkelapangan sahaja. Jika setiap hari sibuk dengan kerja,hari minggu untuk merehatkan fizikal dengan bercuti dan berkelah,bukankah lebih elok merehatkan minda dengan membaca Al-Quran dan memuji serta berfikir ciptaanNya? Inilah kekuatan rohani yag memadu kekuatan jasad kita. beginilah mentaliti masyarakat sekarang yang sangat susah diubah kerana sudah menjadi habit.
Cahaya dan hidayah adalah milik Allah maka beruntunglah orang yang menggunakan akal fikirannya untuk menilai kemewahan dunia dan keuntungan akhirat, manakah yang lebih penting? Cukupkah sekadar cukup2 keislamannya dapat menjamin kebahagiaan di akhirat. Berhentilah dari urusan dunia sekejap dan berfikirlah sejenak siapakah yang menciptkanku? siapakah yang memberi rezeki kepadaku?siapakah boleh menarik ni'mat2 dunia dariku?
Sahabatku..pintu taubat masih terbuka memanggil-mangil dirimu....

No comments:

Post a Comment