Pages

Sunday, August 30, 2009

.:muhasabah ramadhan:.



Assalamualaikum
Ukhtifillah…bersyukur kerna masih lagi diberikan hidayahNya dan kesempatan untuk bertemu dalam halaqah dan majlis-majlis ilmu tanda kasih sayangNya dan rahmat di bulan mulia ini.

Rasulullah bersabda:
“Ramadhan telah datang kepada kamu sebagai bulan yang penuh berkat, Allah kurniakan kita keampunan. Oleh itu Allah turunkan keampunan ,melenyapkan dosa,perkenankan doa-doa dan melihat kita bersaing untuk kebaikan dan Dia memuji manusia kepada malaikat-malaikatNya. Oleh itu tunjukknan yang terbaik kepada Allah, kerana orang yang engkar kepada perintah Allah tidak akan dapat keampunan dari Allah.”

Ukhtifillah…
Mahukah nama kita disebut2 Allah kepada malaikat?
Mahukah malaikat mengenali kita kerana Allah?
Jika jawapan kita YA maka bersungguh2lah berlumba menjadi hamba yang beriman dengan berlumba-lumba melakukan kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengejar keampunanNya dan tunjukkanlah yang terbaik sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi...

Ukhti…
FIKIRKANLAH..apabila Allah mengampunkan kita dosa-dosa kita akan diampunkan. Ini
bermakna di dunia, kita tidak akan disiksa didunia dan akhirat nanti kita akan dilndungi.
Kita akan mendapat maghfirah dari Allah. Sunguh ukhti,pengampunan dari Allah amat
isitmewa. Jika kita memaafkan seseorang,kita lupakan dan bila syaitan mengingatkan
kita,kita akan mengingatkan diri kita yang kita telah memaafkan orang itu. Pengampunan
dari Allah adalah lebih dari itu kerana ia adalah pengampunan yang total. Oleh itu kita mesti
sedar yang kita mahukan Allah mengampunkan kita supaya kita meninggalkan Ramadhan
yang suci ini dari segala dosa…
ukhtifillah…
perkara yang paling ditakuti ialah kita kembali sesat dan dipalingkan dari hidayah setelah ditarbiyah dengan hidayah Allah.

Ingatlah dan renungilah doa RAsulullah ini:
“Wahai yang membolak-balikkan hati(ALLAH), tetapkanlah hati kami diatas agamaMu”

Koreksi diri kita adakah hati kita betul-betul bersih dan tetap diatas agama ini?

Jika YA koreksi pula amalan-amalan kita adakah istiqamah dalam ibadah?

Tanya pada diri ikhlaskah kita di atas jalan tabiyah?

Syaitan tidak akan menyesatkan dan meragukan orang yang istiqamah dan konsisten dalam beribadah.

Pernahkah kita merasa cukup dengan mutabaah kita ?

Pernahkah kita merasa sudah memadai membaca Al-Quran sebanyak ini sehingga kita tidak lagi menambahkan dan memperbaiki amalan kita?

Pernahkah anda meninggalkan majlis2 ilmu, halaqah dengan sengaja,meninggalkan membaca Alquran,berzikir pagi petang dan qiamulail tanpa sedikit rasa kekesalan?
Jangan sampai kita membiarkan diri kita meninggalkan perkara tersebut kerana syaitan akan bertepuk tangan tanda kemenangan setelah berjaya menipu dan melalaikan kita!
Jangan sampai syaitan berjaya membisikkan kita” kamu adalah hamba yang mulia kerana telah bekerja keras beribadat maka kamu berehatlah sekarang…..”
Renungkanlah ukhtifillah….

No comments:

Post a Comment