Pages

Saturday, January 30, 2010

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji hanya milik Allah yang telah mengatur hidupku seindah begini. Alhamdulillah diri ini masih diberi peluang menghirup udara milikNya walau setiap saat diri ini sering lalai dari mengingatiNya.

Seharian ana di Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna mencetuskan kembali semangat yang kian pudar dan mencantumkan semula cebisan-ceisan perjuangan untuk melakar sumbangan demi ad-Din yang tercinta. Hassan Al-Banna adalah sebuah figur dakwah yang betul-betul teliti dalam mengkaji permasalahan umat dan juga penyelesaian bagi setiap masalah. Jika dilihat permasalahan umat ketika zaman beliau di Mesir mirip dengan masalah umat di Malaysia sekarang. Mungkin kita sangka zaman sekarang semakin maju dan berkembang pesat namun realitinya semakin maju sesebuah negara semakin banyak juga masalah-masalah perpecahan umat. Di tambah pula dengan suntikan-suntikan hedonisme,liberalisme,pluralisma,islam liberal,sekularisme dalam agenda globalisasi disuntik dalam jiwa pemuda semakin parahlah penyakit umat zaman ini. Pemuda yang berjalan sihat secara lahirnya belum tentu jiwanya kuat jika pemikiran hanya berpusat kepada kehendak dan nafsu manusia semata-mata.

" Adapun tugas kita secara umum ialah berusaha menyekat arus menggila tamadun kebendaan dan kemodenan berpaksikan hiburan dan syahwat,yang telah melanda seluruh umat Islam,lalu menjaukan mereka dari kepmpinan Nabi S.A.W" -Hassan Al-Banna

Zaman manusia yang sering mengejar teknologi pasti inginkan perubahan. Sebuah alat yang dicipta mungkin akan mempunyai kelemahan dan kerosakan justeru penyelenggaraan atau "maintainace" dilakukan untuk mambaiki kerosakan. Begitulah setiap kali kerosakan atau "error" berlaku dalam sebuah sistem teknologi. Lama-kelamaan teknologi ini semakin lama semakin lapuk atau "out to date" disebabkan tercipta teknologi yang baru. Begitulah sikap manusia terhadap teknologi. Samalah seperti hati kita yang perlukan "maintainace" seperti membaca Al-Quran dan zikir setiap kali lemah selalu dan jika hati kita sudah "out to date" atau lapuk dan perlukan hati yang baru maka akan terciptalah sebuah hati yang bersih dan suci hasil dari kecanggihan solat Taubat nasuha.

"Kita mahukan jiwa yang hidup,kuat dan bertenaga. Kita mahukan hati baru yang menyala. Kita mahukan perasaan yang bergejolak membara. Kita mahukan roh yang bercita-cita tinggi. Jiwa ynag dapat membayangkan betapa tingginya impian dan matlamat ini supaya ia dapat mengejar dan mencapainya"-Hassan Al-Banna

Imam as-syahid Hassan Al-Banna juga telah meninggalkan kita dengan 10 wasiat yang berharga iaitu perkara yang sering kita ambil mudah dalam kehidupan seharian.

1. Bangunlah solat apabila saudara mendengar azan walau bagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara baik,atau amalkanlah zikrullah dan jangan sesekali saudara menggunakan masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah.

3 Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar Isam.

4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak memberikan apa-apa keuntungan

5 Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang lagi tenteram

6 Janganlah banyak bergurau kerana pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7 Janganlah meninggikan suara lebih dari kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8 Jauhilah mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah mengata melainkan perkara yang membawa kebaikan.

9 Berkenal-kenalanlah dengan saudara muslm yang saudara temui sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan,kerana asas dakwah ialah berkenalan dan berkasih-sayang

10 Kewajiban kita lebih bnyak daripada waktu. Oleh itu bantulah saudaramu cara-cara bagamanakah menggunakan masa dengan brfaedah,dan jika saudaramu mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah pelaksanaannya.


Jika takutkan dilanda ombak jangan berumah di tepi patai-gambar Program Halaqah Cinta 2009-Di sini memori tercipta...

No comments:

Post a Comment