Pages

Thursday, June 4, 2009

.:untukmu ukhti:.

"dalam ukhuwah,
walau tiada perkhabaran,
walau tiada pertemuan,
walau tiada perutusan,
namun keikhlasan dan secebis ingatan sudah cukup untuk menjamin ikatan yang kekal berpanjangan."

Kata-kata ni ana dapat 3 kali dari seorang akhwat yang jauh.InsyaAllah kami akan berjumpa lagi miinggu depan untuk menjaga daie-daie cilik. Rindu untuk berjumpa dengannya.. Walaupun memori kami tidak sebanyak memori ana dengan akhwat's tempat ana,namun ada suatu peristiwa yang membuat ana sering teringat dan risau pada dia..

Saat ketika dia diuji Allah dengan keyakinan pertolongan Allah, keikhlasan berjuang,ketsiqahan kepada mb,kematangan mengawal emosi,ana di samping dia mendengar dan menenangkannya. Semoga Allah masih memberi lagi ketabahan dalam hidupmu. Keterbatasan yang dimilikinya bukan suatu kekurangan namun sebenarnya suatu peluang untuk lebih menegenal hakikat diri disisiNya.

Ukhti..ada sesuatu dalam diri ukhti yang boleh digunakan untuk lebih menyumbang dalam dakwah...
namun ia terhalang kerana ada "penghalang" dalam diri ukhti yang tidak membenarkan uknti untuk menjadi teratas dalam keterbatasan. Fikir-fikirkanlah dan lihatlah dari sisi yang berbeza...

Ukhti....diri ini bukan insan yang sempurna dan bukan orang yang terbaik untuk memperbaiki,namun ingatlah diri ini sebagai insan yang sentiasa mendoakanmu. Hanya inilah kebaikan yang termampu ana berikan dalam keterbatasanku...

Jalan Juang

Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu semakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!


No comments:

Post a Comment