Pages

Monday, November 1, 2010

Sama tidak serupa

Dengan lafaz yang Maha Agung,Bismillahirrahmanirrahim,ana memulakan bicara.
 
Pernahkah anda melalui dua pengalaman yang sama pada waktu berbeza? Apakah persepsi awal anda? Pada mulanya mungkin akan senang dan gembira. Perhatikanlah situasi ini.

Anda disuruh teman serumah memasak di rumah teman. Anda berasa itu perkara yang senang bagi anda kerana anda memang tukang masak profesional tak bergaji di rumah.Sebut saja resepi apa,semuanya dalam tangan. Tanpa disangka bahan-bahan yang disediakan teman serumah tidak menepati citarasa atau standard masakan anda di rumah. Anda mempunyai pilihan sama ada meneruskan memasak dengan bahan yang sedia ada atau mencari bahan-bahan tambahan di kedai jika ada. Susah juga nak fikir kerana persoalannya bukan susah buat tetapi buat kerja yang remeh. Akhirnya perkara sekecil ini yang membuat anda runsing dan tension. Masakan pun cincai saja. Jika tidak sedap mungkin boleh beri alasan ini masakan orang bujang.

Itu juga yang ana alami sekarang di tempat kerja baru. Pengalaman bekerja dengan kedai buku sebelum ini meyakinkan ana bahawa kerjanya mudah saja. Hanya duduk jaga kaunter,jaga kebersihan kedai dan layan pelanggan. Tetapi sebenarnya suasana di tempat kerja baru sangat berbeza.Sama tidak serupa.

Menganggap semuanya sama

Persepsi ini yang menyusah kan ana sebenarnya. Bila kita tidak bersedia menghadapi seribu satu kemungkinan malah menganggap semuaya sama seperti dulu,,kita mungkin akan mengalami seribu satu kesusahan. Jangan anggap kita sudah mahir atau pandai buat kerja walaupun kita tahu kita ada kemahiran,tetapi bersiap sedia dengan menganalisis situasi baru. Ketika bekerja di tempat dulu hanya guna kalkulator saja untuk kira. Mudah dan cepat kerana sudah biasa. Tapi kini guna mesin kira-kira. Mula-mula belajar memang rasa senang tapi bila tersalah tekan,maka tersalah kira. Ditambah dengan cuak,kelam-kabut. Ini yang terjadi pada ana hingga sekarang(saat menaip post ini).Kalau melibatkan duit orang jangan pernah ambil mudah. Satu pengajaran untuk ana hari ini supaya lebih berhati-hati. Mungkin kita tidak sengaja atas kecuaian kita,jadi ia boleh dielakkan dengan lebih bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

Kesilapan itu ujian Allah
Selepas mengetahui kecuaian sendiri,terdetik dalam hati, ujian apakah yang Allah beri ini? Adakah ana membelakangkan Allah dalam setiap keputusan,atau adakah ana banyak lalai dari mengingatiNya ketika bekerja? Sebuah tasbih dari jaket  terus di capai lalu hati beristighfar. Kesilapan ini ujian dari Alah. Mungkin pagi tadi aku kurang beristighfar. Mungkin aku kurang bertawakal kepada Allah sebelum memulakan kerja. Dan seribu satu kemungkinan hinggap di kepala ana. Argh..runsing sungguh hati ini.


Jangan meremehkan solat
Langkah diatur ke surau. Menghadap Ilahi dengan hati yang kacau. Buangkanlah semua masalah-masalah dan hal dunia. Inilah waktu untukku betul-betul menghadap dan mengingatiNya.

Ketika baginda ditimpa ujian,Rasulullah pernah berkata kepada Bilal:
"Wahai Bilal,kumandangkan azan(salat) dan agar kita bisa istirehat dengannya."

Bilamana kita diuji,JANGAN sesekali meremehkan solat.

"Hai orang-orang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)



Alhamdulillah. Tenang juga hati ini akhirnya. Bila hati semakin tenang,akal akan jernih memikirkan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah.
Semoga segala kekusutan akan terlerai esok.
Semoga hari-hari yang ku jalani esok akan lebih bermakna
Semoga aku lebih dikasihiMu dan hamba-hambaMu.
Semoga aku lebih dekat denganMu atas ujian ini.
Amin...

Sama tidak serupa
Setiap episod baru kehidupan tidak akan SERUPA dengan sebelumnya. Itulah jalur kehidupan yang Allah warnakan bagi setiap insan. Hanya kita sahaja sebagai hambanya yang masih belum bersedia dengan perancanganNya. Peringatan untukku dan dirimu.

2 comments: