Pages

Monday, November 29, 2010

Nota Hati Seorang Perempuan

AssalamualaikumŲ£
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Sebenarnya aku tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang dijaga rapi olehku selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkanku tersedar dari lena yang panjang. Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini kututup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah sedaya kudratku yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat perumahan kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah niatku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku buat expressionless face dan cool. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Seboleh-bolehnya aku melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah :Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain. Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang sebenar, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai dalilku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan dirimu mu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta Allah itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

WassalamŲ£
ehsan:http://blogs.muxlim.com/al_fahani/luahan-hati-seorang-wanita/

Sunday, November 21, 2010

Wanita Solehah

Wanita solehah
Tuturnya tidak terlalu manja
Bicaranya penuh hikmah
Tidak semua perlu diluahkan
Jika bermanfaat dikongsi
Kadang-kadag disangka sombong
kadang-kadang dibiarkan sendiri
Bukan semua memahami
Bersabarlah wahai hati
Pandangan kekasihMu lebih hakiki
Bukan pandangan manusiawi
Apatah lagi ajnabi
Tetapkan pendirian diri
Rasulmu pembimbing diri
Tuhanmu sentiasa di sisi

Wanita solehah
Sifatnya tegas dalam lembut
Tidak menurut nafsu
Biar iman memandu
Setiap bisikan
Membawa kemungkaran
Sangat dijauhi
Hati-hati wahai hati
Jangan mudah terpedaya
Kerana engkau diciptakan
Untuk pemilikmu yang hakiki
ALLAH...

Wanita solehah
Hatinya bukan untuk dikongsi
Dengan manusia kecuali suami
Hatinya sentiasa mencari
Erti hidup hakiki
Hatinya sentiasa memburu
Cinta Allah dan Rasul
Kerna Engkau pencipta
Kerna Engkau Pelengkap
Ya Allah
Setiap langkah kaki
Setiap deru nafas
Biarkan
Hanya untukMu

-Syamil Iman-
21 Nov 2010
Soul B.S. Kajang

Sunday, November 14, 2010

2 "Teman Baru"

Jangan terkejut dengan tajuk post ni. "Teman baru" ana bukanlah manusia tetapi adalah buku yang baru dibeli. Buku-buku ini memang menjadi idaman sejak dulu lagi. Bila ada depan mata tak sabar pula nak beli. Dapat pula harga diskaun special untuk ana saja. Alhamdulillah.....

Buku yang ana beli...
1) AL-WAFI Syarah Kitab Arba'in An-Nabawiyah
Buku ini memang menjadi idaman sejak ana terjumpa di library UKM dulu. Tapi susah nak cari kat luar. Ana dapat beli dengan harga RM26.00 sahaja selepas diskaun 15%. Tahan lama sebab hard cover dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja.
Isinya memang mudah difahami dan menyentuh jiwa. Sesuai untuk memahami lebih mendalam hadith-hadith 40 Imam Nawawi. Setiap perbahasan hadith akan disokong dengan dalil-dalil yang mantap. Seolah-olah membaca Tafsir Fi Zhilal pula...

2) SINERGI
Buku ini pun dah lama ana cari juga. Waktu mula ana jumpa hanya di internet. Bila nak beli selalu ada halangan dari segi masa dan kewangan. Bila dah jumpa lagi sekali dapat pula diskaun 10%.  Kisah yang sangat menyentuh hati. Apabila mendalami isi ceritanya,seringkali ana teringat ukhuwah yang terjalin dengan akhawat sejak mula mengenali tarbiyah. Ukhti..apakah kesinambungan ukhuwah ini sama seperti yang diceritakan dalam buku ini?


Bagi ana,bila membeli sesebuah buku,pastikan isinya berkualiti dan bermanfaat. Ana tidak akan menelaah isi buku tersebut sampai habis(kecuali novel). Ana hanya study content dan akan baca  isi tajuk yang ana betul-betul nak faham. Yang lain ana akan baca ketika ada masa lapang atau bila ana nak cari bahan untuk menyampaikan. Barulah ana rasa tak bosan untuk baca buku yang sama. Bagi sesetengah orang,bila saja membeli buku terus akan dibaca sehingga habis. Gaya pembacaan setiap orang berbeza. Terpulang mengikut citarasa masing-masing. Asalkan jangan jadikan buku sebagai hiasan sahaja di dalam rak sehingga satu masa ia akan berhabuk seperti lapuknya mutiara ilmu yang tersimpan tanpa dikongsi. Ustaz Hasrizal kata,hidup untuk memberi,jika ingin memberi kita perlu memiliki. Maka,untuk memberi dan berkongsi ilmu,cubalah untuk memiliki seribu satu ilmu Allah di atas dunia ini.

p/s=Stok buku ini masih ada lagi. Kalau nak pesan boleh lagi..Just contact me...

Monday, November 1, 2010

Sama tidak serupa

Dengan lafaz yang Maha Agung,Bismillahirrahmanirrahim,ana memulakan bicara.
 
Pernahkah anda melalui dua pengalaman yang sama pada waktu berbeza? Apakah persepsi awal anda? Pada mulanya mungkin akan senang dan gembira. Perhatikanlah situasi ini.

Anda disuruh teman serumah memasak di rumah teman. Anda berasa itu perkara yang senang bagi anda kerana anda memang tukang masak profesional tak bergaji di rumah.Sebut saja resepi apa,semuanya dalam tangan. Tanpa disangka bahan-bahan yang disediakan teman serumah tidak menepati citarasa atau standard masakan anda di rumah. Anda mempunyai pilihan sama ada meneruskan memasak dengan bahan yang sedia ada atau mencari bahan-bahan tambahan di kedai jika ada. Susah juga nak fikir kerana persoalannya bukan susah buat tetapi buat kerja yang remeh. Akhirnya perkara sekecil ini yang membuat anda runsing dan tension. Masakan pun cincai saja. Jika tidak sedap mungkin boleh beri alasan ini masakan orang bujang.

Itu juga yang ana alami sekarang di tempat kerja baru. Pengalaman bekerja dengan kedai buku sebelum ini meyakinkan ana bahawa kerjanya mudah saja. Hanya duduk jaga kaunter,jaga kebersihan kedai dan layan pelanggan. Tetapi sebenarnya suasana di tempat kerja baru sangat berbeza.Sama tidak serupa.

Menganggap semuanya sama

Persepsi ini yang menyusah kan ana sebenarnya. Bila kita tidak bersedia menghadapi seribu satu kemungkinan malah menganggap semuaya sama seperti dulu,,kita mungkin akan mengalami seribu satu kesusahan. Jangan anggap kita sudah mahir atau pandai buat kerja walaupun kita tahu kita ada kemahiran,tetapi bersiap sedia dengan menganalisis situasi baru. Ketika bekerja di tempat dulu hanya guna kalkulator saja untuk kira. Mudah dan cepat kerana sudah biasa. Tapi kini guna mesin kira-kira. Mula-mula belajar memang rasa senang tapi bila tersalah tekan,maka tersalah kira. Ditambah dengan cuak,kelam-kabut. Ini yang terjadi pada ana hingga sekarang(saat menaip post ini).Kalau melibatkan duit orang jangan pernah ambil mudah. Satu pengajaran untuk ana hari ini supaya lebih berhati-hati. Mungkin kita tidak sengaja atas kecuaian kita,jadi ia boleh dielakkan dengan lebih bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

Kesilapan itu ujian Allah
Selepas mengetahui kecuaian sendiri,terdetik dalam hati, ujian apakah yang Allah beri ini? Adakah ana membelakangkan Allah dalam setiap keputusan,atau adakah ana banyak lalai dari mengingatiNya ketika bekerja? Sebuah tasbih dari jaket  terus di capai lalu hati beristighfar. Kesilapan ini ujian dari Alah. Mungkin pagi tadi aku kurang beristighfar. Mungkin aku kurang bertawakal kepada Allah sebelum memulakan kerja. Dan seribu satu kemungkinan hinggap di kepala ana. Argh..runsing sungguh hati ini.


Jangan meremehkan solat
Langkah diatur ke surau. Menghadap Ilahi dengan hati yang kacau. Buangkanlah semua masalah-masalah dan hal dunia. Inilah waktu untukku betul-betul menghadap dan mengingatiNya.

Ketika baginda ditimpa ujian,Rasulullah pernah berkata kepada Bilal:
"Wahai Bilal,kumandangkan azan(salat) dan agar kita bisa istirehat dengannya."

Bilamana kita diuji,JANGAN sesekali meremehkan solat.

"Hai orang-orang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)



Alhamdulillah. Tenang juga hati ini akhirnya. Bila hati semakin tenang,akal akan jernih memikirkan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah.
Semoga segala kekusutan akan terlerai esok.
Semoga hari-hari yang ku jalani esok akan lebih bermakna
Semoga aku lebih dikasihiMu dan hamba-hambaMu.
Semoga aku lebih dekat denganMu atas ujian ini.
Amin...

Sama tidak serupa
Setiap episod baru kehidupan tidak akan SERUPA dengan sebelumnya. Itulah jalur kehidupan yang Allah warnakan bagi setiap insan. Hanya kita sahaja sebagai hambanya yang masih belum bersedia dengan perancanganNya. Peringatan untukku dan dirimu.