Pages

Sunday, October 17, 2010

Cerpen :Engkau memang cantik-part 2

Waktu zaman persekolahan Iman sangat aktif dalam persatuan pidato. Juara pidato peringkat kebangsaan menjadi kepunyaannya selama dua tahun berturut-turut. Sebagai Timbalan Pengarah Kelab Pidato,memang banyak kerja perlu dibuat bersama dengan pengarah kelab pidato,Umar Tarmizi. Keakraban yang terjalin menjadikan mereka sangat rapat sebagai sahabat. Masing-masing menyimpan perasaan tapi belum diluahkan.

"Iman,kalau Iman dapat sambung belajar,jangan lupakan abang. Manalah tahu kita dapat belajar tempat yang sama bolehlah kita jumpa"

Iman terdiam seketika memikirkan jawapan.

"Ok. Boleh saja. Insya Allah"


Setelah habis persekolahan mereka masih berhubungan melaui mesej dan email. Umar melanjutkan pelajaran di German Malaysian Institute untuk persediaan ke Jerman. Iman pula melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang linguistik. Iman sangat meminati bidang penulisan dan bercita-cita menjadi penulis terkenal seperti Faisal Tehrani dan Fatimah Syarha. Berkarya bukan sekadar membuat cerita malah sebagai wadah untuk menyebarkan fikrah,cara pandang dan medium dakwah yang berkesan untuk remaja zaman sekarang. Biarlah usaha dalam menghasilkan artikel dan cerpen berunsur nasihat nampak kecil tapi besar nilainya disisi Allah.

Aku bukan tidak mahu jumpa tapi aku sudah berjanji dengan kak Syifa' untuk menjaga diri dan pergaulan. Kalaulah Kak Shifa' masih ada..


"Iman,sebagai muslimah juga kita perlu jaga batas pergaulan dengan lelaki. Kakak tahu Iman rapat dengan Umar di sekolah. Akak tak halang cuma satu yang akak nak pesan,jauhkan dari zina hati."

"Hati pun boleh berzina ke kak?"

"Boleh saja,zina mata,jika kita melihat perkara haram,zina mulut jka kita berkata perkara yang haram,zina telinga bila kita mendengar perkara yang haram. Zina hati bila kita fikir perkara yang haram. Jika zina hati tak terjaga,tiada gunanya menjaga anggota badan dari zina. Hati kan raja segala anggota badan."

"Kalu kita selalu bermesej dengan lelaki tanpa sebab yang perlu,mungkin kita tergolong dalam zina hati."

"Lagi satu akak nak pesan,lelaki yang soleh takkan mesej dan ajak perempuan keluar tanpa sebab."

Aku tahu aku bukan gadis yang baik,tapi aku cuba berubah. Aku cuba jaga akhlak dan pergaulanku dengan lelaki. Aku cuba ikuti sedikit-sedikit nasihat Kak Shifa'. Aku mahu berubah kerana Allah tapi dalam jalan menuju perubahan banyak halangan-halangan perlu ditempuhi. Oh Tuhan,berilah kekuatan.

Telefon bimbit berbunyi.Umar telefon. Aku perlu buat keputusan. Jika tak angkat dia akan kecil hati dan menyangka aku sombong. Tapi kalu aku angkat...

"Hello,er..assalamualaikum.."
"Walaikumsalam. Iman sihat? Kenapa tak balas mesej abang."
"Ha..err..tak perasan"
" Esok abang ada hal kat UKM,boleh jumpa tak?"
Apa alasan yang aku nak beri?Susahnya nak menipu. Salah satu kelurusanku sejak kecil,aku tidak pandai berhelah apatah lagi menipu.
"Iman,abang betul-betul nak jumpa Iman"
"Err...bolehlah. Jumpa kat cafe kolej sebelah ok? Situ tak ramai sangat"
Sengaja pilih tempat yang tak ramai orang takut terserempak dengan orang yang dikenali lebih-lebih lagi Su-E. Nanti banyak soal pulak dia. Mungkin ini perjumpaan yang terakhir dengan Umar.


Malamnya aku banyak menggelamun menanti esok. Tidur pun tak lena. Kata-kata Kak Shifa' masih lagi terngiang dalam fikiran.

"Kalau Iman nak berubah kerana Allah Iman kena buang sifat-sifat jahiliah dalam diri. Bersihkan hati dengan tilawah Quran,banyak tadabbur ayat,qiamullail dan berzikir. Bila Iman buat semua itu dengan ikhlas kerana Allah,barulah iman dapat rasa ni'mat Allah dan menjadi tenang. Bila diuji kita ada Allah dalam hati. Sebab Allah takkan ada dalam diri hamba yang kotor hatinya."

Ya,aku mesti berusaha untuk berubah kerana Allah. Jika ditunggu mungkin makin banyak aku beralasan lagi.

Tapi iman kena janji dengan akak iman akan buka hadiah ni bila iman sudah bersedia untuk berubah."
"Berubah jadi macam kakak ke?"
"Hm.tak.. Bila Iman sedia berubah kerana Allah."



Iman mengambil hadiah berupa bungkusan merah hati dalam almari. Kotak hadiah dibuka dengan berhati-hati. Sebuah mushaf Al-Quran dan sehelai tudung labuh berwarna ungu lembut. Air mata menitis di atas tudung.
Sekeping nota terselit diantara mushaf Al-Quran dan tudung.

Assalamualaikum adikku,Syamil Iman
Pertama sekali akak ingin menyatakan akak sangat sayangkan Iman kerana Allah. Di dalam dunia ini akak ada hanya iman seorang sahaja setelah kematian ibu bapa kita. Iman adalah tanggungjawab kakak. Andai akak tidak menjaga Iman dengan baik bagaimana akak hendak menjawab dengan Allah nanti.
Yakinlah adikku,jalan yang Iman pilih ini yang terbaik. Untuk berubah memang payah tapi banyakkanlah berdoa agar istiqamah dalam perubahan.
Jadilah muslimah yang cantik bukan hanya pada paras rupa tapi pada hati yang bersih..
Adikku,
Engkau memang cantik
selagi kau tidak melulu
selagi kau menutup malu
selagi kau memelihara adab
selagi kau menjaga aurat
selagi kau menjaga batas
selagi kau waras berhias
selagi kau bersifat fitrah
selagi kau pantang menyerah
selagi kau terus bersolat
selagi kau lurus bertaubat
selagi kau jujur berilmu
selagi kau membaca Al-Quran
selagi kau sabar dan tenang
selagi kau tegakkan Islam
selagi kau seindah Islam
selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunay jalan yang memandu arah dan tujuan..
Kakak sentiasa mendoakan kesejahteraan Iman.
Kakak mungkin tidak dapat hidup bersama Iman lebih lama namun ingatlah segala pesanan akak.
Allah menjadi saksi,akak sayang Iman kerana Allah.

-Shifa' Kauthar-


Iman menyimpan semula hadiah pemberian arwah kakaknya.
Dicapainya telefon bimbit dan mendail sesuatu.
Message sent
"Salam. Abang,Iman minta maaf banyak-banyak. Iman tidak dapat jumpa abang lagi. Ini mesej yang terakhir Iman untuk abang. Iman nak berubah dan bantulah iman berubah dengan tidak berhubung dengan Iman lagi. Iman nak jadi muslimah seperti arwah Kak Shifa'.

Itulah mesej terakhir Iman kepada Umar Tarmizi. Biarlah apa yang difikirkan oleh Umar,kerana Iman hendak menjaga hubungan dengan Allah. Iman nak bersihkan hati. Iman yakin inilah salah satu pengorbanan yang Iman perlu buat untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Message received
Iman,abang terima keputusan Iman Abang doakan semoga Iman dapat apa yang Iman cari selama ini. Semoga Allah bersamamu.

~End of Story~
p/s=cerita ini tiada kena mengena 100% dengan penulis walaupun nama watak utamanya sama dengan penulis(Syamil Iman).

No comments:

Post a Comment