Pages

Wednesday, October 6, 2010

Cerpen: Harapan

Dua orang sahabat bertemu setelah sekian lama berpisah di sebuah restoran limau nipis yang terkenal di Bangi.
"Mungkin dia sudah berkeluarga dan mendapat kerja yang lebih bagus dari aku. Beruntung kau Husna.."  Aliya cuba meneka-neka dalam hati.

Monolog Husna pula
"Mungkin dia sudah berkahwin dan mendapat anak yang comel. Hm..almaklumlah orang yang cantik selalunya jodoh cepat. Mungkin dia dapat suami yang caring dan penyayang. Tak macam aku,belum bertemu jodoh lagi. Hai..bilalah nak sampai waktunya..kerja pun macam tu juga..."

Kedua-dua sahabat ini saling meneka-neka nasib kawannya dalam perjalanan ke restoran.
"Assalamualaikum,ni Husna kan? Ingat aku lagi tak? Aliya..."
"Waalaikumsalam,Aliya...macam dulu jugak,tak berubah muka kau. Makin cantik. Tak bawa suami ke?"
"Engkau pulak makin bergaya aku tengok. Mesti kerja hebat ni. Betul tak?"

Masing-masing terkedu terdiam sementara tangan  sedang bersalam. Menggelamun sebentar memikirkan cerita apa yang bakal dipersembahkan kepada sahabat lama mereka ini. Kalaulah mereka tahu cerita sebenar.....

"Er...Alhamdulillah. Aku dah kerja tapi bukan kerja akauntan bank macam kau. Kerja di rumah anak-anak yatim bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dari dulu lagi aku suka kanak-kanak dan aku lagi kesian melihat anak-anak yang terbiar tanpa mak bapa. Lagi kesian bayi-bayi luar nikah yang terbuang dekat tong sampah dan tandas. Namun macam yang kau tahu pendapatan aku tak seberapa tapi aku suka dengan kerja aku."

Aliya tekun mendengar cerita Husna. Terselit rasa kagum kepada sahabatnya ini yang sanggup berkorban untuk masyarakat sedangkan ijazah yang digenggam di dalam tangannya bukan sebarang ijazah. Setahunya, Husna pemegang ijazah kelas pertama dalam bidang kejuruteraan bioteknologi dari universiti Macquarie,Australia..

"Walaupun pendapatan kau tak seberapa tapi engkau bahagia dengan kerja kau. Jika kita buat dengan sepenuh hati,hasilnya juga akan menggembirakan hati. Kan kau pernah cakap kat aku dulu. Aku masih ingat tau" Tersenyum Husna mendengarnya.

"Ya,aku gembira dengan kerja aku dapat menlong orang,tapi aku masih terasa kekurangan. Bukan kekurangan harta tapi kekurangan dalam hati. Jiwa aku terasa kosong  sehingga kadang-kadang aku ingin seorang teman."

"Maksud kau,kau inginkan seorang suami? Kau inginkan sebuah keluarga ?"
Husna menundukkan mukanya. Malu barangkali.

" Jangan sangka orang yang bersuami dan berkeluarga itu hidupnya bahagia Husna. Tanggungjawab yang digalas lebih berat dari keseronokan berumahtangga yang diimpikan. Easier said then done."

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau dah ada suami yang bahagia dan kerja yang mantap. Apa lagi yang susahnya?"
Aliya menarik nafas panjang. Terasa berat hatinya untuk menceritakan sebuah kisah yang amat perit untuk diterjemahkan.
"Betul tu. Aku sudah berkahwin dengan kawan sekuliah aku ketika aku belajar di New Zealand dulu. Kami bertekad untuk berkahwin ketika belajar kerana aku mahu menjadi yang halal untuknya sesuai dengan syariat. Kami sangat bahagia pada mulanya hinggalah suami aku mula berubah dan sering menjauhkan diri dari aku. Rupa-rupanya dia menghidap penyakit barah otak dan meninggal dunia pada hari aku melahirkan anak sulung kami. Itu saja harta paling bernilai yang sempat arwah suamiku tinggalkan untukku. "

Manik-manik jernih membasahi pipi Aliya tapa diminta. Suaranya masih lancar walau sudah berubah nada menjadi sayu. Namun ada sedikt ketabahna terpancar dari matanya.

"Ya Allah..beratnya ujian yang kau tanggung selama ini. Aku sering melihat kau di laman sosial sangat bahagia dengan anak dan suami kau.Err....arwah suami kau. Aku sering teringatkan kau. Aku bahagia melihat kau bahagia mempunyai keluarga lengkap dan berkerjaya."

"Bukan. Itu hanya luaran sahaja. Aku luahkan ini kerana kau adalah sahabatku yang paling rapat. Segala masalahku selama ini engkaulah tempat curahan. Namun, sejak berpisah dengan kau aku sangat rindukan kau. Aku tertekan,Husna. Kesibukan di tempat kerjaku membuat aku  kurang masa dengan anakku. Tekananku bertambah bila mendapat tahu dari doktor anakku juga menghidap barah. Kadang-kadang aku berjumpa doktor pakar dari luar negara untuk mendapatkan rawatan tambahan ke atas  anak aku.. Sebelum sampai ke sini,aku meneka-neka engkau bahagia dengan hidup kau. Tidak seperti aku."

"Aliya,aku pun sangat bahagia melihat kau mepunyai segala-galanya dalam hidup kau. Aku pun meneka-neka tentang hidup kau sebelum datang ke sini. Hm...yela. Kalau nak dibandingkan aku yang masih bujang ni bagai langit dan bumi." Husna tersenyum sambil memerhatikan wajah penuh katabahan sahabatnya.

"Tapi kau kena ingat sesuatu,setiap rezeki kita Allah yang tentukan. Setiap jalur hidup kita,samada cerah atau kelam Allah jualah yang aturkan. Kita memang tidak dapat meramal masa hadapan,malah hanya mampu merancang dan berusaha. Kadang-kadang kita merasa Tuhan tidak adil melihat orang lain lebih baik dari kita namun kita tidak tahu disebalik ujian dan masalah yang kita hadapi ada 1001 hikmah yang belum terungkap."

" Apakah kau kata itu hikmah sedangkan aku sedang menghadapi saat-saat kematian anakku?"

"Ukhti. Sudah lama aku tidak memanggil kau ukhti sejak kita berpisah."
"Lihatlah dirimu. Kau masih boleh tersenyum melihat aku ketika kita bersalam tadi sedangkan di sebalik senyuman itu terselit banyak kisah duka. Aku yakin kau seorang yang tabah dan tidak mudah mengalah. Allah masih sayangkan kau Aliya. Ujian Allah itu tanda sayang Allah kepada kau. Allah sangat rindukan doa-doa hambanya. Kau lagi beruntung dari aku. Ketabahan kau adalah tanda kesabaran kau dan harapan kau dalam doa. Kekuatan kau kini hanya dari Allah. Ya,itulah hikmahnya. Lihatlah segala yang berlaku dengan mata hati. Jadi bersihkan hati kau dahulu untuk melihat hikmahnya "

Aliya terdiam mengenangkan dirinya yang jauh dari Tuhan.. Dirinya selama ini sangat jauh dari Tuhan. Sejak suaminya meninggal,jarang dia meluangkan waktu di tikar sejadah. Tahajjud malamnya pun sudah lama tidak terisi. Zikir-zikir amalan pun sudah dilupakan Hidupnya hanya mengejar kemewahan dunia demi diri dan anaknya.

"Kesatlah air matamu Aliya. Ukhtiku,aku sentiasa ada disisi menemanimu. Kita pernah berjanji suatu masa dulu,kita bersaudara kerana Allah. Biar Allah menjadi saksi kita tetap akan bersama hingga ke akhir hayat. Ana uhibbuki fillah,ukhti Aliya." Luah Husna sambil menggenggam erat tangan Aliya.

"Ana uhibbuki fillah...aidhan"

Segaris harapan terlihat di wajah Aliya setelah bertemu sahabat seperjuangannya semula. Kini dia mengerti andai ini takdirNya,dia redha. Kini dia tidak keseorangan lagi. Sahabatnya telah menghulurkan tangan memberi harapan dalam perjuangan hidup. Inilah yang dicari-cari selama ini. Harapan dalam persahabatan.

No comments:

Post a Comment