Pages

Sunday, October 17, 2010

Cerpen:Engkau memang cantik-part 1

Suasana semakin gelap di langit menandakan siang semakin menutup tirainya menunggu malam menggantikan diri. Maha suci Allah yang menciptakan semuanya megikut peredaran waktu. Teringat kembali pemandangan indah di Bukit Merah Laketown Resort ketika bersama famili pada hari keluarga anjuran tempat kerja abah. Ketika itu aku berumur 8 tahun sangat rendah untuk melihat langit yang tinggi. Ku panjat jongkang-jongket dan perkataan pertama aku ungkap ialah"cantiknya...matahari nak naik la akak!" Masa tu zaman budak-budak. Sekarang hanya kenangan tersimpan rapi di kotak igatan. Kalaulah kakak masih ada disisiku.

"Sudahlah...jangan difikir sangat masalah itu. Inikan ujian Allah.." Terngiang-ngiang kata- kata kakak. Memang dari dulu aku rapat dengan kakak. Seorang gadis yang sopan-santun dan matang berfikir. Selalu menjadi tempat bermanja dan tempat rujukan. Almaklumlah aku kan satu-satunya adik bongsu kakak.

"Iman kena jadi perempuan yang mejaga maruah ye."
"Macam mana tu kak? Tak fahamla. Iman kan tak buat perkara yang bukan-bukan."
Kakak senyum seketika dan sangat sabar melayani kerenahku.
"Menjaga maruah itu bukan saja tidak buat perkara bukan-bukan dik. Iman seorang perempuan muslimah,harus menjaga maruah sebagai seorang perempuan dan sebagai muslimah. Jaga pergaulan,jaga percakapan,jaga akhlak dan yang penting sekali...."
"Jaga hati. Betul tak kak?"
"Betul tu. Pandai pun adik akak. Hm...ni ada satu hadiah untuk iman. Tapi iman kena janji dengan akak iman akan buka hadiah ni bila iman sudah bersedia untuk berubah."
"Berubah jadi macam kakak ke?"
"Hm.tak.. Bila Iman sedia berubah kerana Allah."
Aku lihat bungkusan merah hati dengan penuh ceria.
"Terima kasih kak..kak..AKAK!!! Mana akak? Jangan pergi kak.."




Kenapa muka ni rasa sejuk aje ni. Ha..basah..
"Suuuu-Eeeee..!"
Habis muka aku kena simbah dengan air. Ish..memang nak kena budak ni. Aku tahulah aku dah lambat nak solat subuh tapi janganlah sampai menggunakan metod tradisional untuk kejutkan aku.

"Memang payah pun nak kejutkan kau. Sekarang ni kan dah pukul 6.45. Cepat bangun tu nanti subuh gajah la jawabnya. Yang aku pelik,setiap kali kau terlajak tidur,mesti kau mengigau. Meracau apa entah. Terjerit-jerit panggil kakak."


"Su-e,aku mimpi lagi. Mimpi yang sama. Su-e,aku nak jumpa..."
Air mata merembes keluar sebelum sempat menghabiskan ayat terakhir. Memori arwah kak Shifa' masih terbayang dalam ingatan.

"Iman,sudahlah tu,kalau kau macam ni,tak tenang roh arwah kak Syifa kat sana. Sudah 3 bulan arwah pergi tapi kenapa kau masih tak dapat terima kenyataan?"
Iman masih termenung ke arah bingkai gambar dia dan kakaknya di atas meja.

"Pergilah solat,moga-moga hati kau tenang."


Malam ni malam yang sangat sibuk. Sibuk dengan assignment,projek,final exam dan semuanya menunggu untuk disiapkan. Serabut juga kepala otak ni. Sekarang dah pukul 9.Ada lagi sejam untuk meeting ajk Malam Manifestasi Seni Islam.

"Iman,jgn lupe meeting malam ni pukul 9 kat bilik memorial." Su-E pesan sambil menjerit dari luar bilik.Minah ni tak reti nak bg salam ke. Nak tercabut bulu roma aku tadi..
"Iman,apsal senyap jer. Mengata aku dalam hati ke?"
Macam mana pulak dia boleh baca fikiran aku. Ilmu psikik mana dia belajar ni.
"Ishk. Ade pulak mcm tu. Ko ni lain kali bagilah salam dulu sebelum masuk."
"Ops,sorry. Assalamualaikum tuan puteri Syamil Iman.Haha"
"Waalaikumsalam Datin Seri Paduka Suraya. Haha. Ada apa?"
" Aku nak ingatkan ko yang meeting malam ni bawa sekali surat-surat untuk pengetua dan fellow."
"Ok. Beres puan pengarah"

Su-E dan Iman rakan sebilik sejak tahun pertama dan sangat rapat sehingga segala masalah dikongsi bersama. Ukhuwah yang terjalin bertambah erat kerana disentuh dengan tarbiyah dalam halaqah beberapa bulan yang lau. Jauh dalam sudut hati,Iman ingin berubah tetapi dia masih belum pasti dengan keputusan yang dibuat.

Message received.
"Salam. Iman,abang ada hal kat UKM esok. Blh kita jumpa?"
Ya Allah,ujian apakah ini? Mengapa dia tiba-tiba muncul setelah lama hilang khabar.
Ya Allah berilah aku kekuatan atas semua ini.
Kak shifa',Iman sangat perlukan nasihat akak sekarang..

No comments:

Post a Comment