Pages

Thursday, May 7, 2009

MEMORI TERCIPTA


Alhamdulillah.. syukur pada Ilahi, akhirnya ana telah tamat pengajian di UKM dan bermula satu kehidupan baru yang akan ana tempuhi. Insya Allah ana akan jadi guru tadika di Kajang. Sebelum tu ana pernah minta kerja di taska, walaupun gajinya agak lumayan tetapi keadaannya kurang pengisian hati. Ada juga yang ditawarkan untuk jadi RA, tapi ana lebih minat dengan kanak-kanak. Teringat kata-kata pengurus tadika:

" kalu nak kerja sebab duit,sini bukan tempatnya. tapi kalu nak pengalaman bolehla..."

Betul, duit memang menjadi keutamaan orang dalam menari kerja. Tambah pula zaman sekarang yang bertuhankan nafsu dan dunia. tapi semuanya akan hilang kerana ia sementara.

"Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani: kemuadian tanaman itu menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaaNnya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenanga yang palsu. " (57:20)

Bukankah sebaik-baik rezeki ialah yang sedikit tetapi mencukupi?

Selain gaji,pengalaman yang utama ana cari sebab sangat penting untuk kehidupan. Semoga ia akan mematangkan diri ini.

Ana teringat kata -kata Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, "orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan memberi sesuatu".

Terkenang kembali ketika mula menjejak kaki di bumi UKM, rasa seronok( sb dapat msk U) dan bahagia dapat menggembirakan mak abah. Besar harapan mereka ke atas anaknya ini. Ketika itu ana tak kenal langsung tarbiyah tu menatang ape? yang ana tahu usrah-usrah jer. Mase di kmpk dulu pernah ikut usrah Utp -rakan masjid. Tenang sikit hati waktu itu.

Walaupun luaran nampak bahagia,bersama kawan-kawan yang sekepala, kolej yang selesa,murah dan sarat dengan aktiviti kolej,tapi hati ana rasa kering. Seperti ada sesuatu yang ana telah hilang tapi tak jumpa. Ana tak rasa ketenangan yang ana jumpa masa di matrik dengan rakan-rakan usrah ana.

Suatu hari,di surau ktho ana jumpa apa yang ana cari. Seorang akhwat approach ana dengan cara yang sangat touching. Mula-mula sembang macam biasa. Dapat sedikit nasihat tapi ana tak dapt tahan untuk luahkan maslah ana. Allah itu Maha Mendengar kata hati ana selama ini. Alhamdulillah...saat itu bermulalah episod tarbiyah dalam hidup ana.....

Sepanjang hampir 3 thn macam-macam memori dan pengalam yang dikutip sepanjang pentarbiyahan. Alhamdulillah ia mengajar ana erti hidup yang sebenar untuk mencapai redhaNya. Pengalaman ukhuwah dengan akhwat adalah hadiah dari Allah untuk menguatkan lagi hati ini. Walaupun tak segalanya secerah mentari kerana kadang-kadang hujan mendung menyinggah juga dalam diari kehidupan ana. Namun ana yakin itu semua sebagai suatu ujian Allah dan proses untuk lebih berdikari. Dengan antunna ana dapt belajar erti sabar dan ikhlas keranaNya sebagai kekuatan. Jazakilah akhwat sekalian kerana menambahkan lagi kenangan bermakna dalam hidup ana. Tarbiayah tidak akn berhenti dengan tamatnya pengajian tapi sebagai satu permulaan untuk episod cerita tarbiyah dan dakwah...

Kepada adik-adik junior KTHO, jazakillah khairan katsir. Semoga Allah mengurniakan kasih sayang dan cintaNya dalam menghadapi liku-liku hidup kalian. Teruskanlah istiqamah di atas jalan tarbiyah. Ingatlah Allah akan menolongmu jika kamu menolong agama Allah. Disebalik kesusahan itu ada kesenangan. Belajarlah dari kesusahan kerana ianya akan mematangkan hidup. Carilah ketenangan dari Allah kerana ianya sumber kekuatan hidup. Maaf kerana akak bukan yang terbaik untuk kalian tetapi kalian adalah yang terbaik hadir dalam hidup akak. Semoga berjumpa lagi semester hadapan. Insya Allah...

No comments:

Post a Comment